Isnin, 31 Ogos 2009

This is Our Appreciation!!



1000 Pengunjung!

HEhe..BG Corp Mengucapkan Jutaan Terima Kasih kpd semua pengunjung Blog BG...Teruskan mem'view' Blog Bg..ehehe..InsyaAllah kami akan cuba meng'update' dengan perkara2@informasi terkini..hihihii... Stay Tune with...Bright Gurlz!!


BG Corp

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan buat smua...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa~
Mudah-mudahan ibadah puasa kta diterima Allah swt...
Ampun dan Maaf kami pinta jika ada pernah menyakiti hati sesiapa...
Salam keampunan dan salam ramadhan kpd smua
Jika ingin mengajak BG berbuka puasa bersama...kami sudi (ngeh2..rezki jgn ditolak)

Salam keinsafan dari,

BG CORP

Rabu, 19 Ogos 2009

Kami Nak Anak Saudara!!...hikhikhik





Agent ANNE dan Agent SAM mengimpikan anak saudara..siapakah harapan kami????hekhekhek....huhuhu


Yg mengharap,
Agent ANNE & SAM

Ahaks3

Ahad, 26 Julai 2009

LEts dO It rightLy...ehehhee..~


Hope we can be in healthy life...just follows this 5 rules...

Salam Ukhuwah..~

Assalammualaikum semua...heeeeheeeee...(excited nak start membebel)...

Yerp Ag.Anne...slmt bersemester baru jgak....ni saje nak wat countdown to 3rd August!!..ahahhaa.. :PP lg bebrapa ari ku akan masok 21thn..OH tidak?!?!

Nothing to say...just wanna wish everybody...salam ukhuwah dan mudah2an berbahagia dunia dan akhirat kelak...

Go BG! skuad pandaaannngg kanan! (kisah lama d burhan)..hekhekhek

Agent Sam (yg xleh tdo sbb ptg tdo lama da)

Sabtu, 11 Julai 2009

Salam sume..sem baru kini bermula..senior beb..

huhu...pe cte..suam2 kuku je blog BG..mari kite hangatkan!! Yeah3x!!! (tetbe)..hehe
Well, nothing to say..juz wanna wish Gud Luck to BGs'...Melangkah ke semester baru dengan azam baru...ok..choww...Tuttttttt..tuttttttt..tutttttttt(talian terputus)

Anne

Rabu, 24 Jun 2009

salam smua...

Aslmkum wbt...tetibe malam ni terpk2...apekah sbnrnya pengaruh nescafe ni..eheheh..(merujuk kpd kes Ainol lwn. Nescafe)...fakta kes bagi kes ni adalah...pada malam yg hening (jiwang)...cik ainol telah minum nescafe sdp bliau...dan x lama kemudian...bliau telah tertidur dgn lamanya..isu yg timbul di sini adalah, adakah kesan kaffein mmberi pengaruh x berpatutan terhdp thp ketiduran bliau.. (heheeh..)

Fakta sbener nye......
Menurut Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. Beliau berkata lagi, bagi kanak-kanak, ‘perkenalan’ dengan kopi sepatutnya dimulakan hanya pada usia mencecah lapan tahun. Bagaimanapun, katanya bagi teh dan koko, pengambilan daripada awal tidak menjadi soal kerana kita juga perlu seimbangkan pengambilan makanan. Apatah lagi, teh dan koko mengandungi ejen anti oksidan yang baik untuk kesihatan."Ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil minuman berkafein kerana kemungkinan kafein boleh membantu melancarkan lagi aliran susu kepada bayi. Kesan kafein pada bayi yang menyusu badan tidak menggugat kesihatan," katanya.
Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.
Kesan pengambilan kafein..Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu."Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil.(buat Ag.Anne yg bersaiz kanak2...aish..camne?no more kafein) Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa," katanya.Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. (mmg Ag.Anne x minum susu..kcuali susu pekat manis)Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan."Selain itu, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi kerana minuman itu bukan saja mengandungi kafein malah mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya.
Justeru, sifatnya yang diuretic, minuman berkafein memang tidak sesuai untuk kanak-kanak.Beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangkan kafein dalam diet kanak-kanak ialah dengan menggantikan minuman berkafein dengan air, susu, jus buah-buahan segar. Kesan pengambilan kafein yang sedikit Mengganggu corak tidur.(hmmmmm...to Ag.Anne).Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.Kerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak--->Resah dan gelisah,Sukar menumpukan perhatian,Sakit kepala,Sukar tidur(aik..Ag.Dell..pelik ar..terbalikkah kesannya pd Ag.Anne),Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.
Kafein dalam pemakanan secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanya ditambah dalam sesetengah makanan dan minuman sebagai perasa. Ia menyumbang kepada profil perasa makanan itu secara keseluruhannya.Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses untuk menyingkirkan rasa pahit itu. Majoriti remaja yang mengambil kafein menerusi minuman soda, juga mengalami pertambahan jumlah gula dan perasa tiruan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mgT
eh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg

Keputusan mahkamah bg Ainol lwn. Nescafe ---> salahkan UKM..(pe kaitan..)

Ag.Sam (bosan slps exam law)...

Isnin, 8 Jun 2009

Kami suka !!


Ice kacang or Ais kacang (literally "red bean ice"), is a dessert served in Malaysia. It is also popularly known as air batu campur in Malay or ABC for short. It is sweet-tasting and is primarily ice served with sweet flavoured syrup and jelly. The word Kacang is a Malay word for bean, and the word "ais" is a translation of the english term "ice".
Today, ice kacang generally comes in bright colours, and with different fruit cocktails and dressings. Several varieties have also been introduced which contain aloe vera in some form or another, such as in jelly form. Often, a large serving of attap chee (palm seed), red beans, sweetcorn, grass jelly, cubes of agar agar and chendol form the base. Evaporated milk is drizzled over the mountain of ice. To cater to the palates of the modern customer, some stalls have even introduced novelty toppings like durian, chocolate syrup and ice cream. There are also versions that shun the multi-coloured syrup and are served with just a drizzling of gula melaka syrup instead.

Rasanya time2 cuaca paneh nie...bile makan ABC, memg nikmat ah...sape2 yg rase nak blanje BG makan ABC, kami suke byk kacang..(hakhakhak)...stresssSSsss...

Di sini kami nak ucapkan terima kasih pd insan2 yg baek hati menolong kami td yg terkandas di hutan ukm nie...hekhek..maapkan kalo nyusahkan insan2 tersebut...

BG...one for all....all for one..(tp kalo ABC sorg satu ar..xleh kongsi2..) :P

Peminat setia ABC

Sabtu, 30 Mei 2009

Mutiara kata Luqman Al-Hakim

Berkatalah Luqman mengajar anaknya ilmu yang datang dari sisi Tuhan Yang Maha Mengetahui:

“Hai anak-anakku, janganlah engkau sekali-kali mempersekutukan Tuhanmu dengan apa sekalipun, kerana mempersekutukan Allah satu kezaliman yang sangat besar, dan bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.

“Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?

“Maka engkau menikmati kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya, penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.

“Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa, maka Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan mereka. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.

“Hai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.

“Dia memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh, dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.

“Dan bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.

“Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah tidak meredai orang yang sombong dan takbur."

Agent BG

Agent BG banteras amalan mengumpat...InsyaAllah~









Mengumpat bermaksud bercerita serta menyatakan keburukan atau kekurangan individu kepada orang lain, sama ada dengan nama pelakunya atau individu terbabit memang dikenali orang yang mendengarnya. Mengumpat sememangnya boleh berlaku sama ada ia disedari orang yang melakukannya atau sebaliknya.

Sabda Rasulullah: "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Ya sahabat2 skalian,
Mengumpat disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama sendiri bagi seseorang yang melakukannya. Manusia waras tidak akan sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Disebabkan mengumpat terlalu lazim berlaku dalam kehidupan seharian.Hakikat inilah yang perlu direnungkan kita semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain selalunya akan mendedahkan keaiban diri seseorang individu. Perlu diingat seseorang yang membuka keaiban rakan atau seseorang lain akan didedahkan segala keaiban mereka pula di hari akhirat kelak.

Renung2kanla....
Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".

Jika pahala orang mengumpat tidak ada lagi diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang yang mengumpat adalah golongan manusia muflis di akhirat nanti.

Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

a. Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

b. Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

c.Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:

# Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

# Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

# Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

# Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

# Bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

# Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya iait;
@--harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar
@--insaf dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
@--hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain(Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan).


p/s: Ya shbt2 skalian..jauhilah diri dari amalan mengumpat(jgn jadikan ia sbg AMALAN)..hukhuk...moral of the story...jagalah hati org...org pon akan senang dgn kita...kalau ada teguran...saling lah nasihat menasihati,ingat mngingati...jgnlah terus ke konsep mengumpat nie...hidup di dunia mencari bekalan..jgn terpesong kerana mulut...salam perpaduan...we are brothers and sisters in Islam.... assalammualaikum~

Salam kesedaran,

Agent SAM belia benci umpatan!

Selasa, 26 Mei 2009

to kak iqa...ehhehehee

Shawarma (roti arab)- ala2 kebab

hehehe..ni khas utk peminat setia BG (konon ramai peminat wanita)...di sini agent2 nak share satu resepi sdap dari timur tengah...hehehehe~ SHAWARMA (nyum2,teringat masa makan kat jordan)..so, i hope u guys will try this recipe... :)

Bahan-Bahan utama:
Roti arab (dlm gmbr ni cam ada planta,spatotnya xde..just roti arab je)
Daging ayam yg dipanggang (seelok2nya bahagian dada) -dihiris
Rempah shawarma (kalau takde, gantikan dgn serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar dan garam masalah-haa...senang2 gune mixed spice sudeyh)
Sedikit yogurt
1 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sudu minyak zaitun (kalau takde,gune minyak masak biasa je)
Garam, sedikit stok ayam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Bawang besar - dihiris
Tomato - dihiris
Timun - dihiris
French fries
Mayonis
Cili sos


Cara menyediakan ayam:
Ayam diperap dgn rempah shawarma,yogurt,bawang putih,minyak zaitun,serbuk lada hitam dan garam. Peraplah selama 4jam ataupun utk lebih sedap semalaman. Panggang ayam tersebut sehingga masak.(ikut suke nak perap brape lama..plg afdal...sehari(dongeng semata2))

Cara menyediakan shawarma:
1.Roti disapu dgn mayonis.
2.Kemudian letaklah hirisan ayam, bawang, tomato, french fries dan timun (susun spt dlm gambor atas,ikut kreativiti..janji leh gulung pas tu)
3.Kalau yg suke pedas cam yuyun(kawan BG) leh tambah cili sos.
4. Gulungkan....sedia untuk dimakan,dikunyah,ditelan....alhamdulillah~

p/s: bile saudara/i dah berjaya membuat shawarma nie..ehhehe...type ON BELANJA BG MAKAN. kalu rase malas nak masak...call Ag.Sam...sedia membantu...haahhaa..:P


Agent SAM a.k.a Chef X (pernah menjadi iron chef pd tahun 1988)

Khamis, 21 Mei 2009

Bro...releks..jgn strEsss...

OH! STRESSSS?!?

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara2 yang datang dari luar (misalnya: gangguan dari teman,gadoh ngn psgn,kredit cput(pe kaitan?),tertekan dgn blog ni ke), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Walaubagaimanapun setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik(ini membawa maksod,kalau tertekan dgn blog ni..bgos ar..memang kta perlukan tekanan :P ) peace bro

Here are some tips for those yg selalu tertekan...

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

-bagi Ag.Anne,tidur sejenak adalah selama 18jam sehari..

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.(kalau psgn yg masih blom kahwin..a ah..jgn sesekali coba mengurut psgn anda..nanti Allah marah...jgn stresss)

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar BG(konon fames), melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres(xpon cube nyanyi kuat2 cam Ag.Dell (kami yg strEESSS)).

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

Jadi shbt2 skalian..mari kita ketawa!muaahhaha..tp jgn melampau2...

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan. Saya Syg Diri Saya!!

Agent SAM yg selalu stress kalau tdo sbelah Ag.Dell (kena sepak slalu)




Rabu, 20 Mei 2009

haha,,,BG with Agent Khas 1...HAppY Bday Ag.Anne!!!!!



Assalammualaikum bro....ahahahaha....first n foremost...we would like to wish ag.Anne..Epi Bday...slmt hari lahir yg ke21..hekhekhek...SURPRISE!!!!!!!!! ahahaha...ni laa kejutan Ag.Dell n Ag.Sam serta x lupa Ag.Khas....:P :P

Slmt berbahagia dunia dan akhirat....insyaAllah...

hari yg plg beshh skali bro..ahhahaa...sorry Ag.Anne...sebab terkejut beruk...:PP

Ag.Sam & Ag.Dell
a moment 2 remember...20/5/09

Selasa, 19 Mei 2009

Hidup Teh..(pe kes??)



Anda pengemar Teh? Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-

1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.

2. teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.

3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%

4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E

5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.

6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.

7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan

8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.

9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.

10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.

11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.

12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.

13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.

14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser

kpd Ag.Anne..minum teh..kurangkan gula..hekhekhek...

Agent Sam

Tip sihat Rasulullah S.A.W

Tip Sihat Rasulullah S.A.W
Rasulullah bersabda :
"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ... ... "(HR Muslim)

Ya sahabat2 skalian...jadikanlah ini sbg cara idup kta..insyaAllah kekal sihat..

SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH (khas wat Ag Anne -- terpukul)

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum shubuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat shubuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara shubuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumát beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari JUmát adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN (pasni...kurangkan makan..hukhuk)
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Agent Sam sumber bernama
Hadis : Kualiti Iman Seorang Muslim
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tanda cintakan Allah S.W.T. ialah mengingati Allah S.W.T (zikrullah) dan tanda Allah S.W.T murka kepada hamba ialah dia tidak suka mengingati Allah." Baihaqi

Pengajaran Hadis:

i)Ciri khas dalam akidah yang wajib ada dalam diri setiap
individu adalah perasaan cintakan Allah kerana ia merupakan
kayu ukur terpenting dalam menilai kualiti iman seorang muslim
yang sebenar.

ii)Antara sifat mereka ialah sentiasa merasa bahagia apabila
mengingati Allah iaitu mereka banyak berzikir, mengerjakan
sembahyang, membaca al-Quran dan sebagainya sebaliknya bagi
orang yang tidak cintakan Allah, dia merasa bosan dan rimas
apabila mendengar kalimah-kalimah Allah dan malas untuk
berzikir (mengingati Allah) jauh sekali untuk beribadat kepada
Allah.

iii)Sesungguhnya orang yang selalu mengingati Allah (di kala
senang mahupun susah) akan mendapat pemeliharaan daripada
Allah S.W.T, kehidupannya sentiasa terkawal dan terpimpin,
jalan hidupnya sentiasa sejahtera dan selamat. Sebaliknya
mereka yang lalai daripada mengingati Allah, kehidupannya
akan didapati kosong, kecewa dan hampa.

Slot Tazkirah bersama BG

Ahad, 17 Mei 2009

kawan kami masuk tv beb...BANGGA2...

assalamualaikum kawan2...agak2 kenal x salah sorang ahli moto ni...huhu..kawan kami beb..(bangga2.) tumpang fofulor..hehe...ni la abg moto@akhmar..hhahaa..selut akhmar..masuk tv..bangga2...hahaha..

Sabtu, 16 Mei 2009

langkah berjaga2....

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini. (huhuuuhuuhh)

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).


Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.


Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.


Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).


Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:


• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.


• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.


• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.


• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.


Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-


i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.


ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.


iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.


iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak Amerika Syarikat (US Centers of Diseases Control and Prevention) atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan


p/s: kat Msia pon telah ada kes ni..so..shbt2 skalian...beware...jaga diri...Agent BG pon tgh dmam skrg...(nak kena Ag Dell nie..telah menjangkiti kan kami semua)...huhuhuhhu...

Agent SAM malam yg sepi seorang diri

Jumaat, 15 Mei 2009

a must for this...hehehee...


For those who havent read this beautiful books...you can read an overview of this story...A Must For This Story...this book makes me awake for 24 hours..n it makes me cry...(berjiwa sensitip)..

Mitch Albom, the book's narrator, recalls his graduation from Brandeis University in the spring of 1979. After he has received his diploma, Mitch approaches his favorite professor, Morrie Schwartz, and presents him with a monogrammed briefcase. While at Brandeis, Mitch takes almost all of the sociology courses Morrie had teaches. He promises Morrie, who is crying, that he will keep in touch, though he does not fulfill his promise. Years after Mitch's graduation from Brandeis, Morrie is forced to forfeit dancing, his favorite hobby, because he has been diagnosed with ALS, a debilitating disease that leaves his "soul, perfectly awake, imprisoned inside a limp husk" of a body. Morrie's wife, Charlotte, cares for Morrie, though at his insistence, keeps her job as a professor at M.I.T.

Sixteen years after his graduation from Brandeis, Mitch is feeling frustrated with the life he has chosen to live. After his uncle dies of pancreatic cancer, Mitch abandons his failing career as a musician to become a well-payed journalist for a Detroit newspaper. Mitch promises his wife Janine that they will have children eventually, though he spends all of his time at work, away on reporting assignments. One night, Mitch is flipping the channels on his television and recognizes Morrie's voice. Morrie is being featured on the television program "Nightline" in the first of three interviews with Ted Koppel, whom he quickly befriends. Before consenting to be interviewed, Morrie surprises and softens the famed newscaster when he asks Koppel what is "close to his heart." Mitch is stunned to see his former professor on television.
Following Morrie's television appearance, Mitch contacts his beloved professor and travels from his home in Detroit to Morrie's home in West Newton, Massachusetts to visit with him. When Mitch drives up to Morrie's house, he delays greeting his professor because he is speaking on the phone with his producer, a decision he later regrets.
Shortly after his reunion with Morrie, Mitch works himself nearly to death reporting on the Wimbledon tennis tournament in London. There, he spends much time thinking about Morrie and forfeits reading the tabloids, as he now seeks more meaning in his life and knows that he will not gain this meaning from reading about celebrities and gossip. He is knocked over by a swarm of reporters chasing celebrities Andre Agassi and Brooke Shields, and it is then that Mitch realizes he is chasing after the wrong thing. When he returns to his home in Detroit, Mitch learns that the article he has worked so hard to write will not even be published, as the union he belongs to is striking against the newspaper he works for. Once more, Mitch travels to Boston to visit Morrie.
Following their first Tuesday together, Mitch returns regularly every Tuesday to listen to Morrie's lessons on "The Meaning of Life." Each week, Mitch brings Morrie food to eat, though as Morrie's condition worsens he is no longer able to enjoy solid food. In his first of three interviews with Koppel for "Nightline," Morrie admits that the thing he dreads most about his worsening condition is that someday, he will not be able to wipe himself after using the bathroom. Eventually, this fear comes true.
Interspersed throughout Mitch's visits to Morrie are flashbacks to their days together at Brandeis. Mitch describes himself as a student who had acted tough, but had sought the tenderness he recognized in Morrie. At Brandeis, Mitch and Morrie shared a relationship more like that between father and son than teacher and student. Soon before Morrie's death, when his condition has deteriorated so much that he can no longer breathe or move on his own, he confides that if he could have another son, he would choose Mitch.

In his childhood, Morrie had been very poor. His father, Charlie had been cold and dispassionate, and had neglected to provide for Morrie and his younger brother emotionally and financially. At the age of eight, Morrie must read the telegram that brings news of his mother's death, as he is the only one in his family who can read English. Charlie marries Eva, a kind woman who gives Morrie and his brother the love and affection they need. Eva also instills in Morrie his love of books and his desire for education. However, Charlie insists that Morrie keep his mother's death a secret, as he wants Morrie's younger brother to believe that Eva is his biological mother. This demand to keep his mother's death a secret proves a terrible emotional burden for young Morrie; he keeps the telegram all of his life as proof that his mother had existed. Because he was starved of love and affection during his childhood, Morrie seeks it out in his old age from his family and friends. Now that he is nearing his death, Morrie says that he has reverted to a figurative infancy, and tries in earnest "enjoy being a baby again." He and Mitch often hold hands throughout their sessions together.
In his lessons, Morrie advises Mitch to reject the popular culture in favor of creating his own. The individualistic culture Morrie encourages Mitch to create for himself is a culture founded on love, acceptance, and human goodness, a culture that upholds a set of ethical values unlike the mores that popular culture endorses. Popular culture, Morrie says, is founded on greed, selfishness, and superficiality, which he urges Mitch to overcome. Morrie also stresses that he and Mitch must accept death and aging, as both are inevitable.
On one Tuesday, Janine travels with Mitch to visit Morrie. Janine is a professional singer, and Morrie asks her to sing for him. Though she does not usually sing upon request, Janine concedes, and her voice moves Morrie to tears. Morrie cries freely and often, and continually encourages Mitch to do so also. As Morrie's condition deteriorates, so does that of the pink hibiscus plant that sits on the window ledge in his study. Mitch becomes increasingly aware of the evil in media, as it drenches the country with stories of murder and hatred. One such story is the murder trial of O.J. Simpson, the verdict of which causes major racial division between whites and blacks.
Mitch tape records his discussions with Morrie so that he may compile notes with which to write a book, Tuesdays With Morrie, a project which he and Morrie refer to as their "last thesis together." Morrie continually tells Mitch that he wants to share his stories with the world, a the book will allow him to do just that.
Meanwhile, at Morrie's insistence, Mitch attempts to restore his relationship with his brother Peter who lives in Spain. For many years, Peter has refused his family's help in battling pancreatic cancer and insists on seeking treatment alone. Mitch calls Peter and leaves numerous phone messages, though the only reply he receives from his brother is a curt message in which Peter insists he is fine, and reminds Mitch that he does not want to talk about his illness. Morrie prophetizes that Mitch will once more become close with his brother, a prophecy which, after Morrie's death, is realized. At Morrie's funeral, Mitch recalls his promise to continue his conversations with his professor and conducts a silent dialogue with Morrie in his head. Mitch had expected such a dialogue to feel awkward, however this communication feels far more natural than he had ever expected.

(taken from An Overview of Tuesday With Morrie)

Agent SAM gara-gara xleh tdo





Khamis, 14 Mei 2009

Sebelum dibius cinta dunia...

Assalammualaikum ya shbt2...
di sini mau berkongsi sket ape yg telah sy bace melalui pembacaan buku 'Bercinta sampai ke Syurga'...sungguh indah nya cinta jika kita sbg manusia sentiasa ingat cinta Yang Maha Esa...subhanallah.. :)

Adakah anda tertanya2 persoalan ini..sbelom anda dibiarkan diri mu dibius cinta??? (dipetik dari 'Bercinta sampai ke Syurga' - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Soalan perempuan kpd psgnnya:
1. Alhamdulillah,aku disahkan mengandung.Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu syg. Mendekatimu shj sudah ckup mengundang loya.Entahlah berapa lama,mungkin sebulan dua,mungkin 4 @ 5 bulan. Ada kemungkinan bukan shj utk kandungan kali pertama, malah yg depan2 juga.
Sabarkah engkau dgn kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2.Semasa mengandung,aku tidak lalu makan,mulutku asyik mengeluh sakit sini sakit sana. Tidur sering tidak lena,aku yg ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka.Bukan aku sengaja,tetapi segala yg kurasa di setiap inci tubuhku,menimbulkan resah dan tidak selesa.
Sabarkah engkau dgn kelemahanku ini?

3. Semasa mengandung,upayaku utk melayan keperluan batinmu tidak spt biasa. Aku lemah,sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku,diri ini amat terbatas dlm upaya berperanan sbg isterimu.
Masihkah aku buah hatimu?

4. Semasa kita berumah tangga,pasti hidup kita indah bagai di surga.Tambah pula dgn kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahay mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah,tanggungan dan beban juga bertambah. Dlm suasana yg byk tekanan..apakah engkau masih mampu ceria???

5. Slepas beberapa thn berumah tangga, aku belum merahimkan cahay mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau di asak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu???

6.Andai selepas beberapa thn berumah tangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bhw diri ini mandul dan tidak mampu melahirkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu???

7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dgn barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu @ keduanya,kimoterapi meluruhkan rambutku yg pernah menjadi pujianmy,tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu,berak kencingku di dalam kain batik yg pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkan engkau mencintaiku????

Persoalan lelaki kepada pasangannya...(utk tahu lebih lanjut...jgn lupa beli buku Bercinta Sampai ke Syurga..) :P

(penat bro nak tulis..hekhekhek...beli bro..jgn x beli...menambahkan ilmu pengetahuan kta..)

ingatlah kita ini sentiasa dimiliki..iaitu...kita milik Allah swt...jgn pernah rasa kesunyian...
(hehehe..sblom ku start berpujangga..baek stop)...

Salam semua,
Agent SAM
(khas wat Ag Dell dan Anne yg bakal menempuh alam perkahwinan) :P