Isnin, 31 Januari 2011

Selamat Ulangtahun buat Ag.DELL!

Yeah...lagi beberapa minit je lagi nak masuk 1 feb 2011...hek hek hek~
Mari, mari kita buat countdown to Ag.Dell's birthday....

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Norfadzilla a.k.a Dell...Allah selamatkan kamu....=)

Terimalah kek buatan alam siber ni..ehehe...kek yg realiti akan tibaa juaa nanti....~
Happy 23rd birthday to u Ag.DELL....~

Loves,
Ag.Anne & Sam~

Jumaat, 28 Januari 2011

Markas BG: Sehari Tanpa Air~

Sedang duduk lepak bersama Agent yang lain semalam (tipu semata2, bukan lepak tapi lebih kepada aktiviti tidur) akhirnya roh kembali kepd jasad...... (muqadimmah)~

Arghuahaa *mengeliat* mcm biasa selepas bangun tdoq mesti trasa nak ke toilet. Hati pun berkobar2 gi ke tandas...blum sempat turun katil, Ag.Dell dah melulu kuar dulu ke toilet. Hampeh btoi, ptong line...tetibe, blum smpai beberapa minit, kedengaran *kecek kecek kecek* bunyik tapak kaki Ag.Dell tapi kali ni bunyik nya x kuat sgt, sbb xde air. Ha..ape?? AIR XDAK?? T_T

Bila dah tau air xdak, masing2 mula mnyesal tdur slepas subuh. Padahnya tdur lepas subuh. Kelas cancel aritu, bukan main nak balas dendam utk qada' tdo hari2 lepas yg xckup tdo. keh keh keh~ Kebiasaannya xtdo da pas subuh, kalu x ke kelas, pagi2 BG akan joging (ok. obviously tipu semata2).. Terduduk lah Ag.Dell dan Sam, termenung. mengenang nasib diri tanpa air. Muka masing2 xyah cakap ar, pehh. Kalu ada jejaka tgk, konpem mereka trus masuk meminang (-o-)?? ...

Masa tu Ag.Anne tidak sedarkan diri lagi, masih pengsan(-_-)... jadi kami berdua pun berusaha untuk mencari2 makan pagi dalam kotak ajaib di bilik itu... (o-o) Kotak biru bertopengkan Doraemon.
(kotak biru yang penuh dengan bekalan makanan dalam markas BG). Perut da berbunyik2 dah...tapi bila pk gigi yang masih belum bergosok, cancel utk makan!

*Dap dap dap*, Ag.Anne mulai bangun.. mcm biasa, hala tuju pertama semestinya toilet. tapi hampa harapan beliau apabila tahu air takdak. Kemudian, masing2 trus tarik selimut msing2 smula...(-_-)(*-*) (-o*) kroih kroih kroih~ .................

beberapa jam kemudian,

Bangun semula stelah tdo (perhatian: hari BG selalu dipenuhi dengan aktiviti2 yang berpekdah, cuma pada aritu je aktiviti tdo menjadi amalan utama disebabkan xdak air. percayakah anda???) hakhakhak~ Masing2 mencari akal utk mendapatkan air.....berusahalah gi tanya member2 blok lain, tapi gamaknye air pon xde gak..... tetibe Ag.Dell yang tak tahan dengan bau badannya sdrik (hakhakhak) trus mengambil kptsn utk mandi di kolej lain. Ni kire cam mission impossible# laa jgak ni, mana tak nye, kua bilik tanpa mandi tapi kna menunjukkan penampilan diri yang telah mandi. Haa!

#2 sem yang lepas, BG pernah melalui mission impossible ni jgak. Masihkah anda ingat??
masa tu gara2 buat keje last min (masih mengamalkan last min ok), BG terpaksa bermalam di surau fakulti. Akhirnya tetdo di situ dan bila pagi menjelang truss masing2 mengenakan pakaian korporat(tanpa mandi)untuk mengaburi mata pihak musuh. hakhakhak... Misi: BERJAYA! tahniah kepada Ag.Dell terutamanya.

Ok, sambung cte pasal xdak air tu. Ag.Dell pon telah menjalankan mission impossible bliau. lain pulak bagi Ag.Anne dan Sam... masih malas utk mencari alternatif dan hanya terduduk di depan laptop masing2 tanpa rasa bersalah terhadap bau badan masing2...(00)

Ag.Sam tertdo kembali sementara Ag.Anne sedang rancak beerpesbuk dan membaca gosip (kegemaran bliau)...tibe2....rasa mcm dah lama tdo tp rupanya baru bbp minit, trus tersedar dan pada saat itu....btul btul....btul btul nk ke toilet..tibe2 terpandang botol air mineral di sebelah kotak biru itu....Ag.Anne dan Sam saling berpandangan gaya Albert Einstein..hakhakhak...beberapa min kemudian....................LEGA!


Nak dipendekkan jalan ctenya (ye ar, kalu panjang2 mau smpai esok tulis x abes2 jgak ni), Ag.Dell balek dengan wanginya dan membawak balek makanan. Kami makan2..... (masa tu da gosok gigi ar sbb guna air mineral ja, peh 1st time rasa begitu kaya guna air mineral utk cuci2 muka). Kemudian, smentara tunggu Zuhur, BG tdo sunat (ekkk...tdoq lagi, sgt mementingkan masa utk tdo).... Akhirnyaaaa Ag.Sam dan Anne mengambil kptsn utk menjalankan mission impposible di kolej berdekatan. Muka berjaya ditutup dengan helmet cuma bau badan kurang pasti dapat tutup atau x. Setelah lama terperap di bilik akhinyaa trasa kebusukan diri teramat sgt, mungkin Ag.Dell dah mula bermonolog dalaman, bila lah dua ekor lalat ni nak mandi. T_T

Akhirnya BG berjaya mengembalikan reputasi kewangian masing2.... tersenyum riang....dan keyakinan diri mula meningkat kembali..hakhakhak~ Lama jugak lah air xdak.... trun ke kafe, surau..masing2 xde air jugak. T_T akhirnya mengambil kptsn untuk pulang ke rumah malam tu.....yeah!!! tinggalkan blok yang berbau sumpah hancing tu dengan girangnya...~

Moralnya disini, pihak kolej/uni xsepatutnyaa buat student mcm ni. Air itu adalah sumber yang terpenting. At least naiklah notis gangguan air dan kalau ad gangguan air pon, janganlah smpai seharian xde air..boleh mati kebusukan ok. Kesian makcik cleaner yg bakal membersihkan toilet tu nanti sbb ada lah jugak setengah manusia tu suka ja melepaskan batuk di tangga. hakhakhak...punyalah pelajar uni tapi perangai hampeh, mengalahkan penduduk zaman batu dulu....

Terima kasih jugaklah atas ketiadaan air ni, ramai jugak student2 ke masjid. =D

Setakat ni je lah entry tanpa air ni. Fuh, memang derita tanpa air. Misi tanpa air, memang busuk. Xtahulah ni satu penganiayaan ke apa, tapi diharap pihak berkenaan jgnlah menganiaya student2 yang lemah ini.....student yang kuat pon akan jadi lemah bila masuk uni ni.... toi x? *renung2kanlah*~

Amat indah di rumah~
BG's updater

Ahad, 23 Januari 2011

Obsesi bukan Obesiti

Pada minggu lepas, BG telah ke PK untuk cuci gigi. Dah lama dah set utk appointment gigi ni. Bila tiba je masa hari appointment tu, hati bukan kemain excited dan x sabar nak membersihkan segala kekotoran dalam mulut ni.

-BG,hanya Ag.Dell dan Sam menaiki bas. teett tetttt. Ag.Anne menaiki motor. Masa tu hati excited melompat-lompat riang.
-Sampai di PK, kami terus mengeluarkan kad matrix dan kad appointment. Puan saudari di kaunter itu agak sombong sikit ye, dan kami terus menarik muka sedih. Tapi x mengapa, hati berkobar gembira, jadi org yg sombong tersebut, pergi mampus dengan dia.
- Angka giliran di tangan masing-masing. 131 no panggilan untuk Ag.Dell. Bagi Ag.Anne dan Sam pula, 141 dan 142 menandakan bilik no.14.

Sambil2 menunggu giliran, tiba2 hati cuak dan tidak tenteram. Ag.Anne terus mengigatkan kisah lalu ketika cuci gigi, hingga sakit2 mulut. Keadaan trus menjadi cemas dan masing-masing mencari akal untuk melarikan diri (perhatian, Ag.Sam je yg nak lari).

Ding dong (no.131), Ag.Dell dengan berani nye melangkah ke blik no.13. Dr.lelaki tetapi tidak berapa hensem ye kawan2 jadi x perlu risau keadaan Ag.Dell, memang selamat Dr. tersebut.
Kembali kepada keadaan diluar, tingallah dua manusia yang penakut diluar, iaitu Ag.Anne dan Sam. Masing2 berpelukan dan mengintai2 bilik 13 (bukan takut tapi takut dr tu diapa2kan oleh Dell). hakhakhakhakhak~ ok tipu semata2, memang time tu bergetar2 jantung ketakutan.

Tiba-tiba sedang ketakutan, muncul seorang abg ni (abg ke? mungkin lebeh sesuai dengan gelaran saudara), muncul lah saudara ni, bersama kertas orennya. Mula-mula kami berdua mmg xamek pot, pebendalah dia cakap tu..tapi akhir kata beliau tu amat menarik perhatian dua org manusia yang penakut ni. Lepas cuba survey ni, saudari kami akan bagi rm 15 seorang.

*Blink Blink Blink* $ (sambil meleleh air liur), kami trus ok, jumpa anda di sana!

Mamat tu pun blah x lama kemudian. Bila mengingatkan duit yg bakal dapat nanti, kami pun trus x sabar nak pergi buat test tersebut. Tunggu punya tunggu, akhirnya ding dong (141), Ag.Anne dengan ketakutan pergi meninggalkan Ag.Sam yang bakal duduk sesorang diluar.

Lama jugak menunggu Ag.Anne, xlama kemudian Ag.Dell keluar dari bilik sambil tersenyum dan gusi penuh darah. Hati mana yang x takut tgk, trus memikirkan perancangan utk melarikan diri tp bila pikirkan duit 15 hinggit td, trus jiwa tenang kembali dan duduk dengan senyuman. ^^

Blum sempat Ag.Dell duduk, Ag.Sam trus mengajak Ag.Dell pergi membuat test tersebut.
Test apa ye? bukan test uji kandungan, ataupun AIDS...tapi test biasa je....test ukur BMI dan gigi dan survey berkenaan nutrisi yang diambil.

Kemudian Ag.Sam trus menghantar Ag.Dell ke bilik yang tak bernombor (xingt no.bape tapi sebelah bilik yang sedang mengoperasikan gigi Ag.Anne). Stelah menghantar Ag.Dell, gua truss cabut. hakhakak. Lari bukan kerana takut, tapi lari menunggu giliran untuk cuci gigi.

Pendekkan cte, Ag.Anne kua, gua pon masuk dalam bilik 14 tu. Hi Doktor, baring atas kerusi, ngagaa mulut luas-luas, dengar doktor tu menyembang....zzuzzuhuhsfhjvndunvjvnvfdudnubhbudifnvnuf (bunyi gigi dicuci), dan selesai!!
Akhir skali kumur2 dan bila kumur tu darah keluar dengan banyaknya. Hampir pengsan tapi berjaya control macho depan doktor tersebut. FUh~

Setelah itu, misi seterusnya bermula dengan mengumpul air liuq ditmpt yang disediakan. Banyak jugak air liur yg kuar dan berdarah2 kesan dari cuci gigi beberapa minit lalu.
Ahh, smua tu xpenting dalam hati memberontak, yang penting duit RM15 tu. hekhekhek

Check gigi, zero karies.Good! Jawab soal selidk (part yg paling malas skali), hentam je. then ukur BMI. (part yg paling sensitip). ok, fine!

Berita baik, Ag.Dell turun berat dan membuatkan beliau trus melupakan misi jogging.Tiap ari bliau membuat pengumuman, "berat saya turun kawan2". =="
Walhal lain pula buat Ag.Anne dan Sam, trus terpaku mengenangkan berat yang naik. Tapi semua itu tak penting. yang penting Duit tu.
Oh, sangat obses dengan duit hingga melupakan sgalanya.

Sekarang perut dah mula lapar, tangan pon da tak larat nak type (kesan bergetar2), sekian saja update kali ni. Moralnya disini, jgn lupa cuci gigi tiap2 ari. buatlah appointment dengan dentist 6bulan sekali dan akhirnya, rezki jgn ditolak. duit mari mari!

Dengan ini BG mencadangkan, banyakkan lah lagi survey2 seperti itu, maka dapatlah kami mengumpul duit dengan lebih banyak. Sekian~

*beberapa hari jugaklah trasa kesakitan cuci gigi tu. Sobs~

BG's Updater

Sabtu, 22 Januari 2011

masa yang kritikal

Hari demi hari memikirkan saat yg kritikal ini. Ape yg kritikal nye??
Keadaan jadi kritikal dan xmenentu bila perlu memilih antara meja dan katil.
Ah..itu cte masa lalu, masa tu pesbuk blum wujud, dan ym pon tidak di BUZZ BUZZ..
Apa yang perlu kita buat bila keadaan begitu menghantui diri? Walaupun tlah cuba membawa diri ke library, tapi hati tetap terbayang katil di bilik...dan pesbuk? ohhh, mmg hantu terbesar skali...menganggu konsentrasi kerana diri sentiasa nak 'klik klik' ye..

Jadi apa yang perlu kita lakukan?????

Langkah1: jgn runsing2, atau sibuk2 nak deactivated kan akaun pesbuk tu sbb dalam bbrapa hari tgn ni akan sibuk jgak untuk activate smula. x caye? cubalah.

Langkah2: untuk mengurangkan rasa besalah, sentiasa bawak nota2 kecik/buku bersama. even kat katil, peluk kuat2 buku tu wpun xbacenya.

Langkah3: masa makan, cube tgk dan tanda homework mana yg x siap lg. ekkk?? konpem ilang selera. next pilez!!

dah. dah. baik stop skrg sblum keadaan makin kritikal.....
langkah yang plg berkesan....ambik bantal, baring, tenangkan fikiran...dan boomm boomm tidoo...yeahh~!

Good Nite everyone~

BG's updater

Jumaat, 7 Januari 2011

Besnya ketika pagi menjelang!!

Kringgggggggggg!!! Jam loceng berbunyik. Tanpa disedari, subuh pun hampir abes...Masing2 tarik selimut, tutup satu bdn (dalam hati dok kata, ah..jap g jap g ar solat...) elok ja setan landing kat sbelah tu~

Kadang-kdang bukannya malas bangun ke apa, cuma time2 tu ngah syiok pulak mimpi...kekadang mimpi kawin ngn laki kaya...tu susah tu bangun (sempat lg time da bgun tu, nak amek wudhuk, dok berangan haih, besnya mimpi td kawin ngn laki kaya, buleh beli mcm2 la!)...wallaneh~
Tapi bila mimpi buruk/ngeri, dgn sukarelawannye truss bangun pagi sesebelum subuh lg mata dah liar terbukak sambil berpeluh-peluh ketiak teringat mimpi tu...kununnya da tersedar tu nak tunggu subuh lah, tapi akhirnya tumpas dek katil...*tsk tsk* =="

Mak ayah slalu dok pesan, lepeh subuh jangan tdor, rezki x masuk nt...tapi anak-anak seperti kami ni merasakan dengan memeluk bantal itu lah nikmat terindah. (walhal nikmat smentara je tu, sangat tidak berpikiran panjang) ><

*amacam muqadimah entry ni? ade rasa nak tdo pagi lg x??*

Em, ape yang bes sgt ni kalu bangun pagi2?? bagi yang biasa bangun pagi, memang rasa syok. Macam2 bleh buat...yang paling bes kalu dok asrama. Pagi2 bangun, boleh mandi tanpa berebut2 dengan orang lain (maklumlah kt sini tandas terhad, nampak ja banyak tp hampir semua menjadi mangsa vandalisme)
Tapi bagi yang suka menghirup udara segar di waktu pagi, AWAS. Ha...kenapa????????
Sebab pagi2 ni lah angin pagi akan dilepaskan tanpa segan silu. Agaknye sebab rasa semua masih tdo, jadi timing tu mmg sgt perfect! Pilihlah nak lepaskan angin jenis cane..silent killer ke, pengeboman Hiroshima ke yang penting time tu mmg bes sebab masing2 masih lena tdur...tp jgn jadikan habit pulak, sampai tengah tidur pon boleh melepaskan bom secara besar2an. Sape nak tanggung kos hspital nnt???

Bagi yang x gemar bangun pagi tu pulak, cepat-cepatlah insaf sebab masa tu laa jugak korang boleh tangkap sape terrorist yg melepaskan bom tu..(aduh,lepas ni yang suka melepaskan angin pagi, berhati2, mungkin patut buat rancangan strategik yg lebih kukuh)..

Ada byk sebab lagi utk kita bangun pagi....antaranya adalah

dengan bangun pagi, dapatlah pow semua nasi lemak yang ada kt mesia ni (bagi kaki makan), sebab kalau bangun suku hari, konpem n.lemak semua da dikebas...

kalu duk kt ukm ni pulak, bila bangun pagi, bolehlah beramah mesra ngn monyet-monyet di sekitar sini. kalau bernasib baik, mungkin boleh bersalam dan mengadakan pertandingan larian marathon bersama monyet..*hadiah pertama: dapat perkhidmatan percuma carik kutu.

memang kena bangun pagi kalau kelas jam 8am. boleh jadi gila kalau lambat sebab nak mengejar bas. alangkah bagusnya suatu hari nanti bas yang mengejar kami.

yang penting, bila bangun pagi... konpem xde istilah subuh gajah. kalu nak sangat bersubuh bersama gajah, jom pi zoo negara...

Kesimpulannya...mmg bes lah bangun pagi ni. Bukan saje dpt mencergaskan minda tapi jugak dapat makan breakfast. yelah, kalau bangun tengahari, kan dah jadi lunch.

**Azan maghrib** Selamat solat semua....

Ingat, mari bangun pagi!
(sebenarnya BG pun susah nak bangun pagi, sebab selalu tidur lewat menyiapkan asgmt (berpesbuk), jadi jgn tiru aksi ni)

Sekian,
BG's


Khamis, 6 Januari 2011

oh! jatuh cinta?!?!?!

Assignment kian bertimbun. Hati mula berdebar. Adakah ini cinta???????????????
Oh asgmt, betapa ku merinduimu suatu ketika dulu tapi kini, perasaan itu mula hilang,pudar.
Aku sering tertanya-tanya, kenapa jiwaku selalu resah memikirkanmu.

Alamak, roh A.Samad Said mula memasuki diri ini. Sebelum parah, back to our topic peeps, pernahkah anda jatuh cinta???? Ape simptom2 nye?? hurmm.....Jika anda ada mengalami simptom2 seperti dibawah ni...tolonglah..tolonglah belanja BG makan (Tbe, xde kaitan, ai maklumlah terdesak).

Simptom pertama, bila tgk subjek post ni, tgn anda dgn gatal2nye segera klik kt post ni. Ahaa, konpem anda ngah jatuh cinta. Ekekekeke....

Simptom kedua, anda trus membace entry ni...

Simptom ketiga, anda trus membacanya....

Simptom keempat, anda akan tertanya2, entry ni psal cinta ke x ni???

Simptom kelima, anda mula fokus membaca entry ni....

Simptom keenam, perut mula berbunyi...

Simptom ketujuh, aihhh mane kisah cinta ni????

Ahaa...jgn tensen2......Selamat menyiapkan segala kerja sekolah. Cintailah homework!

tik tok tik tok~

Hati mula gelisah. Berdebar. dap dap dup dup. tidur pun tak tenang. adakah ini perasaanya bg pengantin baru??? teettttttttttttttttttt....~ (jam loceng berbunyik..mimpi rupenya)

Assalammualaikum semua.

Hai hai bye bye. Selamat melangkah ke tahun 2011. Ahai, dah 2011 da. Syukur alhamdulillah, kami BG masih lagi diberi peluang utk meneruskan perjuangan kami ini. Ya, tahun baru semangat pun mesti baru. yang tak baru nya blog ni ja. Lama btul x update. Skali skala menjenguk2 ja. Maklumlah masa praktikal aritu, buat-buat sibuk hingga mengabaikan blog ni. Tapi BG tetap keep in touch. Jadi kepada anda di luar sana, yang ingin mengetahui ape perkembangan BG pada sem akhir ini.....check it out...check check check it,check it out (rap sket)..

Salam
BGs~ (Ag.Sam melapor diri)

Khamis, 30 Disember 2010

~pErMuLaan SeM BaRu..mOviE Baru..Ngeh2~

Hai...pe kabar member2 sume...lama dah agaknya BG x update blog ni...maklumla busy ngan sem baru and pratikal la katakan..hehe..btw utk pengetahuan korg...sem ni adalah sem last kami....wawawawa...sedeyh...(sedeyh byk giler asgment and pling sedeyh coz ni peluang terakhir dapat berpoya-poya ngan member2..huhuhu..) utk member2 y juga final sem gunakan masa yang ada sepenuhnya terutama berpoya-poya ngan member tu...pasni dah keja susah nk jumpe n bergosip2...hehehe..kat sini nak sharekan sikit pasal movie yang BG layan sejak dua menjak ni...tajuk dia '3 idiot' best gilerrrrrrrrrrr!!!!kelakar...korg leh r tgk t...byk ilmu and pengajaran dari cite ni y korg leh amik....y paling penting..amir khan nsem...:-p mula2 tgk tajuk ingtkan cite omputeh...rupenya cite hindustan..aiseyh...we give them 5 star for this great movie...huhuhu..cerita ni sgt terkesan kat BG sebab 1 adalah nilai persahabatan yang ditekankan dalam cite ni...BG terkenang persahabatan kami 3 sepanjang menjejakkan kaki di UKM ni....huhu..mcm2 lalui bersama...there have some part y watkan BG rase nk nangis...tp masing cover...hahaha(betul x??)time gelak tu...mmg xingat dunia dah..gelak mcm menjerit atas bukit jer coz mmg movie ni lawak giler..hehe..lagi 1 watak y diorg bawa...mmg kena ngan kami...walaupn x semua...tp mmg kena la...hehehe...tp cume 1 jer y xsama..nsb bek antara kami x jatuh cinta kat anak dekan kami...hahaha...coz cite dlm ni salah seorg dr diorg bercinta ngan anak dekan...hehehee....best...btw korg mesti tgk and enjoy!!!:P:P

Salam sayang.,
Bright Gurlz


Jumaat, 18 Jun 2010

sudah sebulan @ baru sebulan?

Assalammualaikum semua...

Bertemu lagi kita disini...apa kabar? ecewah~ diharapkan semua dlm keadaan sihat sejahtra, bagi yg demam/kurg sihat, smoga cpt sembuh...hihi..(ucap kt diri sdrik yg demam)..

.................................................
..............................................................
................................................................................. (tetibe otak blank, xtau nak tulis apa)....T_T

Haa...topik arini, sudah/ baru sebulan??....bagi yg praktikal, mesti soalan ni bermain2 di fikiran anda...~ persoalannya, sudah sebulan @ baru sebulan???????????
Semalam telah genap sebulan kami berpraktikal....cumanya tetibe terpikir....eh, dah sebulan rupanya aku keje.... tp bila kali kedua berpikir.....pe kes, baru sebulan je?? ahahaa.....maklumla, bak kata Ag.DELL, sehari bagai 100 hari~

Apa yang dpt disimpulkan;

Sudah sebulan?--> sudah lama Team BG tidak berjumpa/berinteraksi....
sudah lama jugak hati ini menanggung rindu (ecewah)
sudah lama gak tunggu elaun (haha, tetibe)
sudah lama menghitung hari (hari2 berpraktikal).....

Baru sebulan?--> pehs, baru sebulan ja praktikal...
baru sebulan ja tensen....
baru sebulan bertungkus lumus...tp rasa cam 10 thn...T_T

Moral of the story.....bekerjalah untukNYA, ikhlaskan hati...mudah2an semua berjaya lulus dengan cemerlang dlm praktikal ni...amin...InsyaAllah.....

hekhek......nantikan interaksi BG yg seterusnya (bajet hebat je)...=P

All the best,

Team BG

Khamis, 29 April 2010

BG akan berpisah selama 6bulan T_T


Heheheh..Asalamualaikum wahai sume ahli2 BG dan para pembaca sekalian....(ala2 nada bg salam kt ahli kubur..haha..cuak x?insaf?bgos..p solat..hekhekehk)

Act, xde pe nak taip..juz happy ng new layout nie..hehe..n nk wish sume ahli BG->> "Selamat Berlatihan Industri...!"..hehe..hey gurlz, r u ready??hahha..tbe2 rasa cuak lak...takot ...mcm2 perasaan la..huhu..hope sume ok nt...kali ni BG terpisah..why we r seperating??(bt not 4eva)..hehe..bcoz kami nk mngutip seberapa byk pengalaman..yg boleh dikongsikn bersama..kalu wt satu tmpat jgk nt penglaman dpt pn lebeh kurang je kn..so ni la hikmah nye yg kami harapkn dgn wt Li kt tmpat yg berbeza2..kumpul byk2 ilmu & pengalaman..insyaAllah..kte kongsikn n kte luahkn dlm BG&Co nt..(hahaha..=P)..gurlz, wat yg terbaek utk Li ni..trust ur self..u can do it!.. cayott2 BG...hehehhe...Hope still leh contact wlupon berjauhan selaman 6bln nt..huhu..I will be miss u all so much!!

taking care always...Love u BGs'


Salam Sayang,
Agent ANNE

Ahad, 25 April 2010

movie bulan ini~

Sinopsis: David Dutten (Timothy Olyphant) is sheriff of Ogden Marsh, a picture-perfect American town with happy, law-abiding citizens. But one night, one of them comes to a school baseball game with a loaded shotgun, ready to kill. Another man burns down his own house…after locking his wife and young son in a closet inside. Within days, the town has transformed into a sickening asylum; people who days ago lived quiet, unremarkable lives have now become depraved, blood-thirsty killers, hiding in the darkness with guns and knives. Sheriff Dutten tries to make sense of what’s happening as the horrific, nonsensical violence escalates. Something is infecting the citizens of Ogden Marsh...with insanity. Now complete anarchy reigns as one by one the townsfolk succumb to an unknown toxin and turn sadistically violent. In an effort to keep the madness contained, the government uses deadly force to close off all access and won’t let anyone in or out – even those uninfected.

Hehe, ibu2 mngandung disarankan takpyh tgk lg cte gni, bhy utk kesihatan, byk adegan mengejut...kihkihkhih...nak makan popcorn dlm tu pon x tenang, letih jerit...=P overall, okaylaa cte ni...cuma xmenyokong kerjaan buat gtu, nak imbangkan populasi knon.....baik bunuh je diri sdrik tu (kerajaan)...huehue...=P jgn marah, be happy....

Next, harap dpt tgk cte romantic comedy pulak la.....(kes takot nak tdo malam)...hekhekhek~

cemburu v. xde perasaan

Orang kata cemburu tu buta,
Orang kata jugak, org yg x cemburu ni, xde perasaan,
Org kata lagi, cemburu tu menjadikan suami/istri betambah syg
Ape kata Cemburu? hikhik...(kalu cemburu dpt berkata2.....)

Maksud cemburu (abaikan maksud di Dewan Bhs dan Pustaka, ngee jgn marah):
Mengikut pengalaman idup ni, cemburu tu asalnye dari CEM(cemas), BURU (memburu), iaitu Cemburu= seseorang tu merasa cemas dan trus memburu psgn bliau..ahaha..dgr mcm seram, tp itulah realitinye...(ni kes utk situasi 1)

Pernahkah anda mengalami situasi cemburu ni??!?! jika pernah, tahniah, ada jgak perasaan ko ni...
Jika belum, xpe ar, cuba gi memburu ayam pulak....hikhikhik....cemburu ni dtg dengan pelbagai cara...bukannya utk org bercinta je.....

Situasi 1:
Ni kes cemburu ngn pakwe/makwe...pantang nampak pakwe/makwe ngn orang lain..terus mengaplikasikan keadaan cemas dan buru tu...ape lagi, mmg cemas ar keadaan tu. CEMBURU xtentu hala...

Situasi2:
Cemburu tgk kawan2/geng2 study....ni kes cemburu ke arah kebaikan ar...mendorong utk blaja gak..hikhik~ cemas tgk kawan2 blaja, trus memburu nota2 mereka =P (bukan nak buat sdrik nota..kuang2...)

Situasi 3:
Cemburu ngn mereka yg telah 'pergi' meninggalkan dunia dengan keadaan baik...cemas bila tgk kematian dan trus memburu kebaikan..insyaAllah~ dunia akhirat selamat...

Situasi 4:
Cemburu seterusnya, cemburu dgn nasib baik seseorang....eheee, cemburu ni, xtaulaa cemburu ke dengkii...tetibe konpius...ahahaa....kalu cemburu tu bwk kebaikan mcm dia cemburu org tu sntiasa berjaya, dia cuba jgak ubah idup dia...itu +ve laa, tp kalu cemburu bwk kepada dengki, degki ler tu...ngeh2....(konpius, konpius)....

Situasi 5:
Cemburu tgk org yg senang sgt tidur....(bagi situasi ni, pon konpius sama ada patot cemburu atau x..)...ahahahhaa....

Situasa 6:
Cemas dan Buru.....jadikanlah CEMburu tu sbg kayu ukur utk memajukan diri....hehehe...~ biase laa, manusia...bila cemas@ dpt tekanan, baru cuba memburu ape yg patot....ini peringatan utk semua, termasuk diriku ini...eheeee.....sama2laa kita memburu impian kita ni.....(tetibe)...

BG updater~

kisah dahulu~

Mak kata, kisah dahulu mengajar kita...
Ayah pulak kata, kisah dahulu mematangkan kita....
Abg pulak kata, jgn lupa kisah lama, sbb yg itulah kenangan kita...
Kakak kata, kisah dulu mmg bes, sebab dpt pow duit ko.......
Adik pulak kata, oit ingt tak dulu2 ko slalu buli aku?....
Sahabat kdg2 bkata, teringat tak kisah dulu2?kena kejar monyet, curik buah pak daud, kena pukul cikgu xsiap keje uma, bla bla bla... (muqadimah le ni...ngeh2)...

Al-kisah~...
Si adik berkata kpd kakak nye yg sedang sibuk mengurut bapa mereka yg keletihan:
Adik: Kak long, ni adik kena buat esei ttg 'kisah dahulu', ape nak tulis?
Kakak: Tulis lah kisah dulu2 masa bapak curang ngn mak.
Ayah (tetibe masuk gak dlm dialog ni) : !#%$^&^*&*^%^%$$##$@@ (insaf2)...

Dua orang sahabat baik sedang bermain basikal:
A: oit, ak rase bosan laa tiap2 ari main basikal je
B: Bosan ke? Aku pon bosan jugak ari2 tgk muka ko...
A: Aku lagi bosan, ari2 kena kayuh basikal ni utk ko, ko relek je mcm bos dok blkg...
B: Amboi, x ingat ke kisah lama?? (sambil memegang bahu si A)
A: ehehehehhee (tunduk malu)
* kes si A slalu pinjam duit si B utk tackle awek2, last2 xdpt byor kena byor utang duit ngn berbakti pd si B (insaf2)

Suatu abad dahulu...kura2 mula mengerti erti keliru:
Kura2: Nyet, ko x rase ke nak gi makan pisang kat kawasan Rimau tu..
Monyet: Ar, teringin jugak ak. Tapi takut, teringat kisah dulu2...(gigit kutu, ketakutan)...
Kura2: Eh, knp pulak ko takot??!? Ak dgr Rimau tu x makan pon kita, beliau vegetarian.
Monyet: Aritu aku telah menolak cinta beliau...
Kura2: !#@$#$^^&*(&^%#@##$#$%%%^ (konfius rimau leh suka monyet)

Kisah cinta pulak:
*Si suami yg selalu xreti buat kptsn,lalu....
Isteri: Bang, lain kali kalau nak beli / buat sesuatu, tunjuk kat ayg dlu. Jgn jadi mcm aritu, salah pilih barang....
Suami: Bereh2. Xde masalah...cube ayg tgk yang ni, mane sesuai jadi madu2 ayg? (sambil tunjuk2 gmbr ppuan)
Isteri: !##$%%#$#$ (pengsan terkejut)...

Err...jadinya, moral of the story? hekhek, jgn curang...jgn berpoya2 gunakan duit org....jgn pdg rendah pd kejelitaan monyet (erkk??)...ngeh2....Sbnrnya, ade kisah lama yg kita patot ingat, ad yg patot dilupakan je klu benda tu menyakitkan hatii.....tp jgn sampai lagsung kita xda kenangan, sebab kenangan tu yang menceritakan perjalanan idup kita....susah senang....

Huargh....teringat lak kenangan lama kena denda bwk pasu bunga atas kpala (kes x siap keje umah)...ahahha....lg teruk, kena pusing satu padang skola (kes xsiap keje uma gak).....tp kenangan tu bila ingt balek, mmg lawak.....sbb xsiap keje skola byk btul aktiviti berpekdah dpt buat (lari pdg skola =kruskan bdn), (bwk pasu= bina muscles)...hahaha....moralnye, make yourself positive, then your life will be +VE.... *wink wink*~

BG (excited, da tukar pamplet baru)...huahuahuhaauha




Ahad, 18 April 2010

hihihi


SELAMAT BELAJAR KAWAN2....HINDARI STRESS SIANG DAN MALAM..haha...selamat berPSA (terpukul sbb baru nak study)...huehue....

Stress,
BG

Countdown to....

Hehehe....siang tadi ku terlihat kalender yg megah tertampal di dinding sisi katil ni...lalu ku teringat...Ag.Anne semakin hampir dengan........=P

Jadi kepada Ag.Anne.....lagi 32 hari lagi....bakal mengikut jejak langkah Ag.Dell (alam tua)..hikhik...adekah lepas ni Ag.Sam shj yg akan dibuang longkang?....nantikan...~

Salam Brownies,

BG

Sabtu, 17 April 2010

Rahsia tidur 5 minit

Assalammualaikum,

Setelah sekian lamanya, tetibe rasa nak berkongsi 1 cerita...ape tajuknye kawan2? 'Rahsia tidur 5 minit'...ingin ketahui rahsia utk tidur 5 minit SHJ?? mari mari....dikongsi bersama...al Kisah~

Kisah pertama:
ALkisah...cerita bermula di pagi hari.......
B (bukan nama glamer): Cik A, bangun2...dah lewat ni gi kelas..!
A (bukan nama sbnr): 5 minit..5 minit....(kroih kroih kroih)
B: aik?? 5minit??
*tanpa segan silu Cik B pon join tidur 5minit (5min,...10 min.....2jam kemudianya)

Kisah kedua:
Sedang sibuk 2 shbt membuat kerja...
C (bukan nama siapa2): Cik D, nak tido 5 minit jap ar. nanti gerak 5min lagi eh?
D (bukan nama dia): Orait2, bereh....
*5 minit berlalu...(2-2 tidur dengan lenanya)

Kisah ketiga:
E : Cik F, jom solat jom...(mengajak shbtnya yg sdg enak tidur)
F: Kroih..kroih...F, 5 min 5min lagi...kroih, kroih...

Kisah keempat:
Sekumpulan pelajar sedang mengulangkaji pljrn...tiba2 salah seorang daripd mereka berkata, ok guys, take 5....

So, kita take 5 dulu la eh...ehehe...

Moral of the story...xdenye rahsia utk tdur 5 min 5 mint ni...yg ada hanya masa yang telah dibazirkan untuk mencari keselesaan 5 min tersebut dgn tidur...tidur...tidur....wpon sdah lama tidur...

Hee hee....jadi apa lagi? jom kita cuba mencari 5 min 5 min tersebut dgn mula membuat perkara yg berfaedah....eh, tidur tu xsalah cuma tidurlah dengan cukupnya dan x perlulah mencuri 5 min 5 min itu....

All the best to FEP's student, esp budak2 akaun...hehee...setelah bertempur dengan 2 paper kelmarin, keadaan kembali tenang buat masa ni....ape akan terjadi hari2 mendatang....

Salam syg, BG~

Khamis, 18 Februari 2010

ohayo everyone!...heehee

Whoa...its been a while u guys....lama x post...ape kabar sume? hikhikhik (bajet ada org baca)...

Its CNY holidays now....thank God....BG's really need some time to rest (hii...we really need itttt....)... I hope everyone..enjoying their holiday.....for the workaholic spesies...pleazzz, take some rest...REST.....its really nice to laid-back and listen to DBSK songs...kehkehkehk...~

Seriously..lama x posting kat sini...so jd blur sket.... till here then...~ (kena cairkan otak yg telah beku slama bbp bulan ni).... (^-*)

BG's updater~

Selasa, 2 Februari 2010

Selamat Hari Lahir yg ke....?? :P


To Ag.DELL,

Happy Birthday to u......Happy birthday to u..... 1/2/2010 :D
Selamat Hari Tua......ekekekeke~
Hav a nice day~

Post lambat sehari :P

Blog's Updater

Jumaat, 29 Januari 2010

cuaca....o...cuaca....

cuaca.....cuaca membolehkan kita gembira.....sedih.....blur....lapar.....tenang....dan sebgainya~ tapi pernahkah anda terfikir....cuaca tu sbnrnya......(bersambung esok....)

Khamis, 28 Januari 2010

HAHA

Today...its a bit tiring for us...~ walking all days along around kl...he he~
Even though its tiring~ but today is one of the best BGs interaksi (for Ag.Anne i think)...haha~
Ag.Anne bought new specs....Dell got herself a belt....n myself...just looking around.....(almost wanna buy that cool cap)...huhu! really nice cap...next time, mayb...mayb i'll buy it...HAHA...~

There's a lot things happened today....meeting weird ppl, ushar annoying couple (@ monorail-), spying on some suspicious couple....HAHA~ wut else?? humm....really look like a stalker.....~ gurp...:P

Thanks to Ag.Anne...we've met one great person..(really??-hahaha....Dell's fav person- air..air...) somewhre in KL~ before dat....we ate KFC....whoaa~ whipped potato....T_T sedap2x~

We arrived at UKM around 5 o'clock, i think...~ thanks to Agent Khas for accompany us for today....(dgn gaya cantik bliau)~ After a long day walking, our whole body are tired and we went to sleep...sleep....sleeepppp...seleeepp..~ slurp~

Moral of the story for today is..... dont forget to claim the money from beliau...HAHA....~ after all the troubles we've been through today....we still stick together...bcoz y?...bcoz we are BG...ayayayayayaayayayayaayayayaya~(gaya power rangers x ckup dana)...so type ON BG send to 3333 (mcm biase...dana kami....)... next mission....PENANG...yea...~

Sekian~
BG's updater