Khamis, 14 Mei 2009

Sebelum dibius cinta dunia...

Assalammualaikum ya shbt2...
di sini mau berkongsi sket ape yg telah sy bace melalui pembacaan buku 'Bercinta sampai ke Syurga'...sungguh indah nya cinta jika kita sbg manusia sentiasa ingat cinta Yang Maha Esa...subhanallah.. :)

Adakah anda tertanya2 persoalan ini..sbelom anda dibiarkan diri mu dibius cinta??? (dipetik dari 'Bercinta sampai ke Syurga' - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)

Soalan perempuan kpd psgnnya:
1. Alhamdulillah,aku disahkan mengandung.Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu syg. Mendekatimu shj sudah ckup mengundang loya.Entahlah berapa lama,mungkin sebulan dua,mungkin 4 @ 5 bulan. Ada kemungkinan bukan shj utk kandungan kali pertama, malah yg depan2 juga.
Sabarkah engkau dgn kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

2.Semasa mengandung,aku tidak lalu makan,mulutku asyik mengeluh sakit sini sakit sana. Tidur sering tidak lena,aku yg ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka.Bukan aku sengaja,tetapi segala yg kurasa di setiap inci tubuhku,menimbulkan resah dan tidak selesa.
Sabarkah engkau dgn kelemahanku ini?

3. Semasa mengandung,upayaku utk melayan keperluan batinmu tidak spt biasa. Aku lemah,sering juga hambar tiada penariknya. Sehebat-hebat mujahadahku,diri ini amat terbatas dlm upaya berperanan sbg isterimu.
Masihkah aku buah hatimu?

4. Semasa kita berumah tangga,pasti hidup kita indah bagai di surga.Tambah pula dgn kurniaan cahaya mata pertama. Namun, ketika cahay mata bertambah bilang, kerjaya kita semakin berkembang. Pendapatan bertambah,tanggungan dan beban juga bertambah. Dlm suasana yg byk tekanan..apakah engkau masih mampu ceria???

5. Slepas beberapa thn berumah tangga, aku belum merahimkan cahay mata impian kita, saudara mara dan teman memperlimu dan menuduh engkau bukan jantan. Sedangkan aku punca sepimu tanpa zuriat. Di kala engkau di asak keluarga dan teman, masihkah aku ada tempat di lubuk cintamu???

6.Andai selepas beberapa thn berumah tangga, aku diputuskan pemeriksaan perubatan bhw diri ini mandul dan tidak mampu melahirkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasih hatimu???

7. Jika aku ditakdirkan Allah diuji dgn barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu @ keduanya,kimoterapi meluruhkan rambutku yg pernah menjadi pujianmy,tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu,berak kencingku di dalam kain batik yg pernah engkau hadiahkan kepadaku, masihkan engkau mencintaiku????

Persoalan lelaki kepada pasangannya...(utk tahu lebih lanjut...jgn lupa beli buku Bercinta Sampai ke Syurga..) :P

(penat bro nak tulis..hekhekhek...beli bro..jgn x beli...menambahkan ilmu pengetahuan kta..)

ingatlah kita ini sentiasa dimiliki..iaitu...kita milik Allah swt...jgn pernah rasa kesunyian...
(hehehe..sblom ku start berpujangga..baek stop)...

Salam semua,
Agent SAM
(khas wat Ag Dell dan Anne yg bakal menempuh alam perkahwinan) :P

Tiada ulasan:

Catat Ulasan