Ahad, 11 Oktober 2009

Hekhekhek..Hikhikhikhik..Kekekeke..Wakakaka

Salah faham

BERTINDAK atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di Amerika kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah di kiri dan kanan tubuhnya.

Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari England yang kelihatan lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil Mamat.

Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat.

Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata: "England..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Selepas itu kedua-duanya pengsan kerana keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Selepas itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian selepas sedar, mereka berdua masih mencuba melanjutkan perbualan.

“Birmingham..." kata si Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Mereka pengsan lagi.

Tidak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual.

Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."

Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"


Bertengkar

SEORANG lelaki baru saja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba saja isterinya terus mengemas barangnya ke dalam beg.

"Kenapa?, "lelaki itu bertanya.

Isterinya berhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata:

" Kita sudah berkahwin lebih 15 tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini!"

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam bilik dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini!."


Muntah

SEORANG gadis kecil berasa badannya lemah dan sakit ketika berada di pasar raya bersama ibunya.

"Mama," kata gadis kecil itu.

"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!," kata gadis kecil itu.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Selepas kira-kira seminit, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"Cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas... Ma," kata anaknya lalu menyambung.

"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... di situ tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT.’"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan