Isnin, 28 Disember 2009

beginilah ketika bosan.....layan~

sebuah kisah dikongsi dan difikirkan bersama~

Bila lelaki menjadi dayus?

Secara mudahnya, cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus apabila:

  • membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah
  • membiarkan isterinya balik lewat bekerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar
  • membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebab aurat terlihat
  • membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya
  • membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah, kononnya ibu bapanya sporting
  • menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah
  • membiarkan anak perempuanya memasuki rancangan-rancangan realiti di televisyen seperti Akademi Fantasia, Mentor dan Gang Starz sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram
  • membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dengan berpelukan dengan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni atau lakonan semata-mata
  • membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna
  • membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya daripada lemas atau yang seumpama dengannya
  • membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan
  • membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita
  • membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki pejabat tanpa sebarang cemburu
  • membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian
Terlalu banyak lagi jika mahu disenaraikan....

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Adapun jika berlaku secara , sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati, " Jka demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku." Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang di sebut tadi?

Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini!

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga ALlah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu.

Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda:

Ertinya : " Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat AHmad, sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Slot Kerohanian bersama BG

Khamis, 24 Disember 2009

Ingatkah kamu?

Tahukah anda, blog BG ni lama x update?
Tahukah kenapa?
(baller ar, skema...)

Assalammualaikum smua....geng2..kawan2...para pendengar...penonton (ala2 lagu inul-dangdut)...maap, lama x update blog ni, sibuk sket kebelakangan ni.
All of BG's agent have their own task and luckily we're managed to handle all the troubles...cewah...~ sbnrnya kami sdrik yg carik susah..haha~ ai,maklumla...hidup x semudah yg disangka...:P

Xde ape nak ckp, just wanna wish to all, esp team BG...best of luck on this sem.....get ready for LI...always keep in faith....believe in urself....all the best....selamat pengantin baru (aik,tetibe)...

Ag.SAM yg tetibe mengalami insomnia (kes sore ainol yg kuat membuatkan xleh tdo) :P

symposium-MICPA


Pada beberapa bulan yang lepas...iaitu pada hari khamis (xingt tarikh bila, yg ingat-ponteng kelas time tu)..kami-team BG serta lyana & izwan menghadiri symposium di Hotel Best Western Asia Pacific kt kl kalu x silap...hekhek...aktiviti memang best...makan,makan,makan..ape yg kami dpt? makan sdap...hahaa...tema utama? makan...


Memang best symposium ni..ad talk on entrep, leadership & motivation etc, selain food la...makanan yg sgt menarik...membuat kami nak makan lg...

Ape lg?...kpd sesiapa yg berminat utk gi symposium di masa akan dtg...sila2..makan sdap...:P


~Great experience-Nice Foods-Wonderful People~

Motivasi Diri


Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan.
Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati.

Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.



2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.



3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.



4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.



5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.



6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.



7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.



8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula
.


9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.



10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.


11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.



12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !


13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.


14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.


15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.