Isnin, 28 Disember 2009

sebuah kisah dikongsi dan difikirkan bersama~

Bila lelaki menjadi dayus?

Secara mudahnya, cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi dayus apabila:

  • membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah
  • membiarkan isterinya balik lewat bekerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar
  • membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat(terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan yang menyebab aurat terlihat
  • membiarkan anak perempuannya berdating dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya
  • membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah, kononnya ibu bapanya sporting
  • menyuruh, mengarah dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian seksi di luar rumah
  • membiarkan anak perempuanya memasuki rancangan-rancangan realiti di televisyen seperti Akademi Fantasia, Mentor dan Gang Starz sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram
  • membiarkan isteri atau anaknya menjadi pelakon dengan berpelukan dengan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni atau lakonan semata-mata
  • membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna
  • membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya daripada lemas atau yang seumpama dengannya
  • membiarkan isteri bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan
  • membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita
  • membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki pejabat tanpa sebarang cemburu
  • membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian
Terlalu banyak lagi jika mahu disenaraikan....

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya. Adapun jika berlaku secara , sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit dayus kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati, " Jka demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku." Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang di sebut tadi?

Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini!

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga ALlah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu.

Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda:

Ertinya : " Sesiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat AHmad, sahih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Slot Kerohanian bersama BG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan