Isnin, 25 April 2011

salam akhir

Assalammualaikum semua,

Hampir beberapa bulan jugak x update blog ni. Kalau rumah terbiar, memang konpem dah byk sawang. Mujur blog ni memang ada unsur2 sawang (laman sesawang)....keh keh keh keh~

Tanpa membuang masa lagi, saksikanlah perjalanan hidup kami selama hampir 4tahun di UKM ni (video xde pun, cuma nak membawa kembali kenangan2 lalu melalui penulisan kt entry ni)..ngeh ngeh~ Banyak sangat benda yang terjadi sepanjang hampir 4 thn ni. Gelak ketawa, buat nakal/jahat,poke!, berniaga, jalan2 cari makan, pesta GEL, sahara, buang longkang, medley, skuad pdg kanan, PASSWORD!, sesat, mengushar, badminton, jogging, exam, study, presentation, tidur, kopiko, eagle eye, dan sebagainya...satu entry ni memang tak cukuplah kalau nak cerita semua kisah hidup kat UKM ni.

Kalu tanya member2 seperjuangan BG pon, gerenti semua panjang lebar bercerita kisah masing2...haaaiiii~ yang pasti semua akan merindui saat2 di sini walaupun kdang2 rasa nak muntah duk sini...hakhakhakhak...~macam2 adegan bahaya jgak yang berlaku kat sini sebagai contohnya berlawan/berkejar2an dengan monyet UKM, adegan paling menakutkan ketika ternampak taik merata dalam toilet, cerita hantu, banyak kali hampir nak dilanggar (masa 1st year-3rd year berjalan kaki).....

Kisah yang paling bes adalah, GELAGAT MANUSIA. haiishh...~ MACAM-MACAM. ada yang sekepala, ada yang lurus, ada yang blur...yang paling lawak, ada yang psiko. keh keh keh keh......selama tempoh hampir 4 thn ni mcm2 gelagat BG hadapi. HUMAN BEHAVIOUR!!!!! kadang-kadang kami ni dah macam BAU (behaviour analysis unit - criminal minds) dalam erti kata lain suka menjaga tepi kain org lain. hakhakhakhakhak...ada je analisis gelagat yang nak dibuat. pantang jumpa org, beberapa saat pas tu akan timbul idea utk menganalisis latarbelakang org tu dari gelagat depa. adui! masalah masalah. perkataan yang selalu BG sebutkan, 'KESIAN'.... padahal, realitinya BG yang sgt kesian...jadi ape lg, bantulah BG dengan menderma ke Tabung BG (keh keh keh)....

Banyak lagi pengalaman yang nak dikongsi, tapi rasa cukuplah dlu setakat ni saja. Takut nanti semua x solat plak leka baca entry ni kalu panjang2...hakhakhakhak (bajet ramai baca). Akhir kata, BG memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali kami. Pada yang tidak berpeluang mengenali kami lagi, jgn risau, jgn segan, BG sentiasa terbuka untuk menerima kawan2 baru cuma type ON TEMAN dan hantar ke 31223 (setiap sms ditolak RM1) keh keh keh keh~

TO BE CONT....~

Salam perjuangan,
BG Corp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan