Khamis, 21 Mei 2009

Bro...releks..jgn strEsss...

OH! STRESSSS?!?

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara2 yang datang dari luar (misalnya: gangguan dari teman,gadoh ngn psgn,kredit cput(pe kaitan?),tertekan dgn blog ni ke), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Walaubagaimanapun setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik(ini membawa maksod,kalau tertekan dgn blog ni..bgos ar..memang kta perlukan tekanan :P ) peace bro

Here are some tips for those yg selalu tertekan...

Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

-bagi Ag.Anne,tidur sejenak adalah selama 18jam sehari..

2. Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.(kalau psgn yg masih blom kahwin..a ah..jgn sesekali coba mengurut psgn anda..nanti Allah marah...jgn stresss)

3. Mengekspresikan diri secara artistik

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar BG(konon fames), melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres(xpon cube nyanyi kuat2 cam Ag.Dell (kami yg strEESSS)).

4. Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

Jadi shbt2 skalian..mari kita ketawa!muaahhaha..tp jgn melampau2...

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan. Saya Syg Diri Saya!!

Agent SAM yg selalu stress kalau tdo sbelah Ag.Dell (kena sepak slalu)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan