Rabu, 24 Jun 2009

salam smua...

Aslmkum wbt...tetibe malam ni terpk2...apekah sbnrnya pengaruh nescafe ni..eheheh..(merujuk kpd kes Ainol lwn. Nescafe)...fakta kes bagi kes ni adalah...pada malam yg hening (jiwang)...cik ainol telah minum nescafe sdp bliau...dan x lama kemudian...bliau telah tertidur dgn lamanya..isu yg timbul di sini adalah, adakah kesan kaffein mmberi pengaruh x berpatutan terhdp thp ketiduran bliau.. (heheeh..)

Fakta sbener nye......
Menurut Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan)."Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya. Beliau berkata lagi, bagi kanak-kanak, ‘perkenalan’ dengan kopi sepatutnya dimulakan hanya pada usia mencecah lapan tahun. Bagaimanapun, katanya bagi teh dan koko, pengambilan daripada awal tidak menjadi soal kerana kita juga perlu seimbangkan pengambilan makanan. Apatah lagi, teh dan koko mengandungi ejen anti oksidan yang baik untuk kesihatan."Ibu yang menyusukan bayi boleh mengambil minuman berkafein kerana kemungkinan kafein boleh membantu melancarkan lagi aliran susu kepada bayi. Kesan kafein pada bayi yang menyusu badan tidak menggugat kesihatan," katanya.
Difahamkan meminum kopi lebih dari­pada tiga cawan boleh meningkatkan risiko barah, tetapi setakat ini tiada kajian saintifik yang menyokong kenyataan itu. Kajian hanya dijalankan kepada mereka yang gemar minum kopi dan sebaliknya, yang mana didapati orang minum kopi memiliki ingatan lebih baik.Bagaimanapun, Prof Suhaila berkata, dalam apa juga pengambilan makanan sekali pun, sifat bersederhana adalah lebih baik kerana setiap perkara itu ada keburukan dan kebaikannya.
Kesan pengambilan kafein..Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Kanimolli Arasu, berkata kesan pengambilan kafein bergantung kepada kekerapan dan jumlah pengambilan bahan itu."Lebih tinggi kesan kepada kanak-kanak kerana saiz tubuh mereka yang kecil.(buat Ag.Anne yg bersaiz kanak2...aish..camne?no more kafein) Kafein cepat diserap dan mudah didistribusi kepada seluruh badan dalam masa yang singkat pada kanak-kanak berbanding orang dewasa," katanya.Beliau berkata, secara umum, kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak kafein seperti minuman berkarbonat akan kurang minum susu. (mmg Ag.Anne x minum susu..kcuali susu pekat manis)Ini menyebabkan pengambilan nutrien seperti kalsium berkurangan."Selain itu, pengambilan minuman berkarbonat yang banyak menyebabkan obesiti dan kerosakan gigi kerana minuman itu bukan saja mengandungi kafein malah mempunyai kandungan gula yang tinggi," katanya.
Justeru, sifatnya yang diuretic, minuman berkafein memang tidak sesuai untuk kanak-kanak.Beliau berkata, cara terbaik untuk mengurangkan kafein dalam diet kanak-kanak ialah dengan menggantikan minuman berkafein dengan air, susu, jus buah-buahan segar. Kesan pengambilan kafein yang sedikit Mengganggu corak tidur.(hmmmmm...to Ag.Anne).Meningkatkan degupan jantung.Meninggikan tekanan darah.Kerap membuang air kecil.Tangan terketar-ketar perlahan.Kurang selera makan.Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak--->Resah dan gelisah,Sukar menumpukan perhatian,Sakit kepala,Sukar tidur(aik..Ag.Dell..pelik ar..terbalikkah kesannya pd Ag.Anne),Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.
Kafein dalam pemakanan secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus). Kafein biasanya ditambah dalam sesetengah makanan dan minuman sebagai perasa. Ia menyumbang kepada profil perasa makanan itu secara keseluruhannya.Fakta: KafeinKafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan. Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness). Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan. Dalam bentuk semula jadinya kafein berasa pahit. Tetapi kebanyakan minuman berkafein yang kita nikmati kini sudah melalui proses untuk menyingkirkan rasa pahit itu. Majoriti remaja yang mengambil kafein menerusi minuman soda, juga mengalami pertambahan jumlah gula dan perasa tiruan.
Fakta: Jumlah kafein dalam minuman
Kopi yang disaring (250ml) 200-250mg
Kopi yang ditapis (250ml) 100-150mg
Kopi segera (250ml) 80-150mg
Kopi tanpa kafein (250ml) 4-8mgT
eh (250ml) 20-200mg
Teh ais (350ml) 12-28mg
Minuman kola (375ml) 30-75mg
Minuman untuk tenaga 375ml 150mg atau lebih
Coklat panas (250ml) 10mg
Coklat bar (200gram) 60mg

Keputusan mahkamah bg Ainol lwn. Nescafe ---> salahkan UKM..(pe kaitan..)

Ag.Sam (bosan slps exam law)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan