Isnin, 31 Januari 2011

Selamat Ulangtahun buat Ag.DELL!

Yeah...lagi beberapa minit je lagi nak masuk 1 feb 2011...hek hek hek~
Mari, mari kita buat countdown to Ag.Dell's birthday....

Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan kamu..Allah selamatkan Norfadzilla a.k.a Dell...Allah selamatkan kamu....=)

Terimalah kek buatan alam siber ni..ehehe...kek yg realiti akan tibaa juaa nanti....~
Happy 23rd birthday to u Ag.DELL....~

Loves,
Ag.Anne & Sam~

Jumaat, 28 Januari 2011

Markas BG: Sehari Tanpa Air~

Sedang duduk lepak bersama Agent yang lain semalam (tipu semata2, bukan lepak tapi lebih kepada aktiviti tidur) akhirnya roh kembali kepd jasad...... (muqadimmah)~

Arghuahaa *mengeliat* mcm biasa selepas bangun tdoq mesti trasa nak ke toilet. Hati pun berkobar2 gi ke tandas...blum sempat turun katil, Ag.Dell dah melulu kuar dulu ke toilet. Hampeh btoi, ptong line...tetibe, blum smpai beberapa minit, kedengaran *kecek kecek kecek* bunyik tapak kaki Ag.Dell tapi kali ni bunyik nya x kuat sgt, sbb xde air. Ha..ape?? AIR XDAK?? T_T

Bila dah tau air xdak, masing2 mula mnyesal tdur slepas subuh. Padahnya tdur lepas subuh. Kelas cancel aritu, bukan main nak balas dendam utk qada' tdo hari2 lepas yg xckup tdo. keh keh keh~ Kebiasaannya xtdo da pas subuh, kalu x ke kelas, pagi2 BG akan joging (ok. obviously tipu semata2).. Terduduk lah Ag.Dell dan Sam, termenung. mengenang nasib diri tanpa air. Muka masing2 xyah cakap ar, pehh. Kalu ada jejaka tgk, konpem mereka trus masuk meminang (-o-)?? ...

Masa tu Ag.Anne tidak sedarkan diri lagi, masih pengsan(-_-)... jadi kami berdua pun berusaha untuk mencari2 makan pagi dalam kotak ajaib di bilik itu... (o-o) Kotak biru bertopengkan Doraemon.
(kotak biru yang penuh dengan bekalan makanan dalam markas BG). Perut da berbunyik2 dah...tapi bila pk gigi yang masih belum bergosok, cancel utk makan!

*Dap dap dap*, Ag.Anne mulai bangun.. mcm biasa, hala tuju pertama semestinya toilet. tapi hampa harapan beliau apabila tahu air takdak. Kemudian, masing2 trus tarik selimut msing2 smula...(-_-)(*-*) (-o*) kroih kroih kroih~ .................

beberapa jam kemudian,

Bangun semula stelah tdo (perhatian: hari BG selalu dipenuhi dengan aktiviti2 yang berpekdah, cuma pada aritu je aktiviti tdo menjadi amalan utama disebabkan xdak air. percayakah anda???) hakhakhak~ Masing2 mencari akal utk mendapatkan air.....berusahalah gi tanya member2 blok lain, tapi gamaknye air pon xde gak..... tetibe Ag.Dell yang tak tahan dengan bau badannya sdrik (hakhakhak) trus mengambil kptsn utk mandi di kolej lain. Ni kire cam mission impossible# laa jgak ni, mana tak nye, kua bilik tanpa mandi tapi kna menunjukkan penampilan diri yang telah mandi. Haa!

#2 sem yang lepas, BG pernah melalui mission impossible ni jgak. Masihkah anda ingat??
masa tu gara2 buat keje last min (masih mengamalkan last min ok), BG terpaksa bermalam di surau fakulti. Akhirnya tetdo di situ dan bila pagi menjelang truss masing2 mengenakan pakaian korporat(tanpa mandi)untuk mengaburi mata pihak musuh. hakhakhak... Misi: BERJAYA! tahniah kepada Ag.Dell terutamanya.

Ok, sambung cte pasal xdak air tu. Ag.Dell pon telah menjalankan mission impossible bliau. lain pulak bagi Ag.Anne dan Sam... masih malas utk mencari alternatif dan hanya terduduk di depan laptop masing2 tanpa rasa bersalah terhadap bau badan masing2...(00)

Ag.Sam tertdo kembali sementara Ag.Anne sedang rancak beerpesbuk dan membaca gosip (kegemaran bliau)...tibe2....rasa mcm dah lama tdo tp rupanya baru bbp minit, trus tersedar dan pada saat itu....btul btul....btul btul nk ke toilet..tibe2 terpandang botol air mineral di sebelah kotak biru itu....Ag.Anne dan Sam saling berpandangan gaya Albert Einstein..hakhakhak...beberapa min kemudian....................LEGA!


Nak dipendekkan jalan ctenya (ye ar, kalu panjang2 mau smpai esok tulis x abes2 jgak ni), Ag.Dell balek dengan wanginya dan membawak balek makanan. Kami makan2..... (masa tu da gosok gigi ar sbb guna air mineral ja, peh 1st time rasa begitu kaya guna air mineral utk cuci2 muka). Kemudian, smentara tunggu Zuhur, BG tdo sunat (ekkk...tdoq lagi, sgt mementingkan masa utk tdo).... Akhirnyaaaa Ag.Sam dan Anne mengambil kptsn utk menjalankan mission impposible di kolej berdekatan. Muka berjaya ditutup dengan helmet cuma bau badan kurang pasti dapat tutup atau x. Setelah lama terperap di bilik akhinyaa trasa kebusukan diri teramat sgt, mungkin Ag.Dell dah mula bermonolog dalaman, bila lah dua ekor lalat ni nak mandi. T_T

Akhirnya BG berjaya mengembalikan reputasi kewangian masing2.... tersenyum riang....dan keyakinan diri mula meningkat kembali..hakhakhak~ Lama jugak lah air xdak.... trun ke kafe, surau..masing2 xde air jugak. T_T akhirnya mengambil kptsn untuk pulang ke rumah malam tu.....yeah!!! tinggalkan blok yang berbau sumpah hancing tu dengan girangnya...~

Moralnya disini, pihak kolej/uni xsepatutnyaa buat student mcm ni. Air itu adalah sumber yang terpenting. At least naiklah notis gangguan air dan kalau ad gangguan air pon, janganlah smpai seharian xde air..boleh mati kebusukan ok. Kesian makcik cleaner yg bakal membersihkan toilet tu nanti sbb ada lah jugak setengah manusia tu suka ja melepaskan batuk di tangga. hakhakhak...punyalah pelajar uni tapi perangai hampeh, mengalahkan penduduk zaman batu dulu....

Terima kasih jugaklah atas ketiadaan air ni, ramai jugak student2 ke masjid. =D

Setakat ni je lah entry tanpa air ni. Fuh, memang derita tanpa air. Misi tanpa air, memang busuk. Xtahulah ni satu penganiayaan ke apa, tapi diharap pihak berkenaan jgnlah menganiaya student2 yang lemah ini.....student yang kuat pon akan jadi lemah bila masuk uni ni.... toi x? *renung2kanlah*~

Amat indah di rumah~
BG's updater

Ahad, 23 Januari 2011

Obsesi bukan Obesiti

Pada minggu lepas, BG telah ke PK untuk cuci gigi. Dah lama dah set utk appointment gigi ni. Bila tiba je masa hari appointment tu, hati bukan kemain excited dan x sabar nak membersihkan segala kekotoran dalam mulut ni.

-BG,hanya Ag.Dell dan Sam menaiki bas. teett tetttt. Ag.Anne menaiki motor. Masa tu hati excited melompat-lompat riang.
-Sampai di PK, kami terus mengeluarkan kad matrix dan kad appointment. Puan saudari di kaunter itu agak sombong sikit ye, dan kami terus menarik muka sedih. Tapi x mengapa, hati berkobar gembira, jadi org yg sombong tersebut, pergi mampus dengan dia.
- Angka giliran di tangan masing-masing. 131 no panggilan untuk Ag.Dell. Bagi Ag.Anne dan Sam pula, 141 dan 142 menandakan bilik no.14.

Sambil2 menunggu giliran, tiba2 hati cuak dan tidak tenteram. Ag.Anne terus mengigatkan kisah lalu ketika cuci gigi, hingga sakit2 mulut. Keadaan trus menjadi cemas dan masing-masing mencari akal untuk melarikan diri (perhatian, Ag.Sam je yg nak lari).

Ding dong (no.131), Ag.Dell dengan berani nye melangkah ke blik no.13. Dr.lelaki tetapi tidak berapa hensem ye kawan2 jadi x perlu risau keadaan Ag.Dell, memang selamat Dr. tersebut.
Kembali kepada keadaan diluar, tingallah dua manusia yang penakut diluar, iaitu Ag.Anne dan Sam. Masing2 berpelukan dan mengintai2 bilik 13 (bukan takut tapi takut dr tu diapa2kan oleh Dell). hakhakhakhakhak~ ok tipu semata2, memang time tu bergetar2 jantung ketakutan.

Tiba-tiba sedang ketakutan, muncul seorang abg ni (abg ke? mungkin lebeh sesuai dengan gelaran saudara), muncul lah saudara ni, bersama kertas orennya. Mula-mula kami berdua mmg xamek pot, pebendalah dia cakap tu..tapi akhir kata beliau tu amat menarik perhatian dua org manusia yang penakut ni. Lepas cuba survey ni, saudari kami akan bagi rm 15 seorang.

*Blink Blink Blink* $ (sambil meleleh air liur), kami trus ok, jumpa anda di sana!

Mamat tu pun blah x lama kemudian. Bila mengingatkan duit yg bakal dapat nanti, kami pun trus x sabar nak pergi buat test tersebut. Tunggu punya tunggu, akhirnya ding dong (141), Ag.Anne dengan ketakutan pergi meninggalkan Ag.Sam yang bakal duduk sesorang diluar.

Lama jugak menunggu Ag.Anne, xlama kemudian Ag.Dell keluar dari bilik sambil tersenyum dan gusi penuh darah. Hati mana yang x takut tgk, trus memikirkan perancangan utk melarikan diri tp bila pikirkan duit 15 hinggit td, trus jiwa tenang kembali dan duduk dengan senyuman. ^^

Blum sempat Ag.Dell duduk, Ag.Sam trus mengajak Ag.Dell pergi membuat test tersebut.
Test apa ye? bukan test uji kandungan, ataupun AIDS...tapi test biasa je....test ukur BMI dan gigi dan survey berkenaan nutrisi yang diambil.

Kemudian Ag.Sam trus menghantar Ag.Dell ke bilik yang tak bernombor (xingt no.bape tapi sebelah bilik yang sedang mengoperasikan gigi Ag.Anne). Stelah menghantar Ag.Dell, gua truss cabut. hakhakak. Lari bukan kerana takut, tapi lari menunggu giliran untuk cuci gigi.

Pendekkan cte, Ag.Anne kua, gua pon masuk dalam bilik 14 tu. Hi Doktor, baring atas kerusi, ngagaa mulut luas-luas, dengar doktor tu menyembang....zzuzzuhuhsfhjvndunvjvnvfdudnubhbudifnvnuf (bunyi gigi dicuci), dan selesai!!
Akhir skali kumur2 dan bila kumur tu darah keluar dengan banyaknya. Hampir pengsan tapi berjaya control macho depan doktor tersebut. FUh~

Setelah itu, misi seterusnya bermula dengan mengumpul air liuq ditmpt yang disediakan. Banyak jugak air liur yg kuar dan berdarah2 kesan dari cuci gigi beberapa minit lalu.
Ahh, smua tu xpenting dalam hati memberontak, yang penting duit RM15 tu. hekhekhek

Check gigi, zero karies.Good! Jawab soal selidk (part yg paling malas skali), hentam je. then ukur BMI. (part yg paling sensitip). ok, fine!

Berita baik, Ag.Dell turun berat dan membuatkan beliau trus melupakan misi jogging.Tiap ari bliau membuat pengumuman, "berat saya turun kawan2". =="
Walhal lain pula buat Ag.Anne dan Sam, trus terpaku mengenangkan berat yang naik. Tapi semua itu tak penting. yang penting Duit tu.
Oh, sangat obses dengan duit hingga melupakan sgalanya.

Sekarang perut dah mula lapar, tangan pon da tak larat nak type (kesan bergetar2), sekian saja update kali ni. Moralnya disini, jgn lupa cuci gigi tiap2 ari. buatlah appointment dengan dentist 6bulan sekali dan akhirnya, rezki jgn ditolak. duit mari mari!

Dengan ini BG mencadangkan, banyakkan lah lagi survey2 seperti itu, maka dapatlah kami mengumpul duit dengan lebih banyak. Sekian~

*beberapa hari jugaklah trasa kesakitan cuci gigi tu. Sobs~

BG's Updater

Sabtu, 22 Januari 2011

masa yang kritikal

Hari demi hari memikirkan saat yg kritikal ini. Ape yg kritikal nye??
Keadaan jadi kritikal dan xmenentu bila perlu memilih antara meja dan katil.
Ah..itu cte masa lalu, masa tu pesbuk blum wujud, dan ym pon tidak di BUZZ BUZZ..
Apa yang perlu kita buat bila keadaan begitu menghantui diri? Walaupun tlah cuba membawa diri ke library, tapi hati tetap terbayang katil di bilik...dan pesbuk? ohhh, mmg hantu terbesar skali...menganggu konsentrasi kerana diri sentiasa nak 'klik klik' ye..

Jadi apa yang perlu kita lakukan?????

Langkah1: jgn runsing2, atau sibuk2 nak deactivated kan akaun pesbuk tu sbb dalam bbrapa hari tgn ni akan sibuk jgak untuk activate smula. x caye? cubalah.

Langkah2: untuk mengurangkan rasa besalah, sentiasa bawak nota2 kecik/buku bersama. even kat katil, peluk kuat2 buku tu wpun xbacenya.

Langkah3: masa makan, cube tgk dan tanda homework mana yg x siap lg. ekkk?? konpem ilang selera. next pilez!!

dah. dah. baik stop skrg sblum keadaan makin kritikal.....
langkah yang plg berkesan....ambik bantal, baring, tenangkan fikiran...dan boomm boomm tidoo...yeahh~!

Good Nite everyone~

BG's updater

Jumaat, 7 Januari 2011

Besnya ketika pagi menjelang!!

Kringgggggggggg!!! Jam loceng berbunyik. Tanpa disedari, subuh pun hampir abes...Masing2 tarik selimut, tutup satu bdn (dalam hati dok kata, ah..jap g jap g ar solat...) elok ja setan landing kat sbelah tu~

Kadang-kdang bukannya malas bangun ke apa, cuma time2 tu ngah syiok pulak mimpi...kekadang mimpi kawin ngn laki kaya...tu susah tu bangun (sempat lg time da bgun tu, nak amek wudhuk, dok berangan haih, besnya mimpi td kawin ngn laki kaya, buleh beli mcm2 la!)...wallaneh~
Tapi bila mimpi buruk/ngeri, dgn sukarelawannye truss bangun pagi sesebelum subuh lg mata dah liar terbukak sambil berpeluh-peluh ketiak teringat mimpi tu...kununnya da tersedar tu nak tunggu subuh lah, tapi akhirnya tumpas dek katil...*tsk tsk* =="

Mak ayah slalu dok pesan, lepeh subuh jangan tdor, rezki x masuk nt...tapi anak-anak seperti kami ni merasakan dengan memeluk bantal itu lah nikmat terindah. (walhal nikmat smentara je tu, sangat tidak berpikiran panjang) ><

*amacam muqadimah entry ni? ade rasa nak tdo pagi lg x??*

Em, ape yang bes sgt ni kalu bangun pagi2?? bagi yang biasa bangun pagi, memang rasa syok. Macam2 bleh buat...yang paling bes kalu dok asrama. Pagi2 bangun, boleh mandi tanpa berebut2 dengan orang lain (maklumlah kt sini tandas terhad, nampak ja banyak tp hampir semua menjadi mangsa vandalisme)
Tapi bagi yang suka menghirup udara segar di waktu pagi, AWAS. Ha...kenapa????????
Sebab pagi2 ni lah angin pagi akan dilepaskan tanpa segan silu. Agaknye sebab rasa semua masih tdo, jadi timing tu mmg sgt perfect! Pilihlah nak lepaskan angin jenis cane..silent killer ke, pengeboman Hiroshima ke yang penting time tu mmg bes sebab masing2 masih lena tdur...tp jgn jadikan habit pulak, sampai tengah tidur pon boleh melepaskan bom secara besar2an. Sape nak tanggung kos hspital nnt???

Bagi yang x gemar bangun pagi tu pulak, cepat-cepatlah insaf sebab masa tu laa jugak korang boleh tangkap sape terrorist yg melepaskan bom tu..(aduh,lepas ni yang suka melepaskan angin pagi, berhati2, mungkin patut buat rancangan strategik yg lebih kukuh)..

Ada byk sebab lagi utk kita bangun pagi....antaranya adalah

dengan bangun pagi, dapatlah pow semua nasi lemak yang ada kt mesia ni (bagi kaki makan), sebab kalau bangun suku hari, konpem n.lemak semua da dikebas...

kalu duk kt ukm ni pulak, bila bangun pagi, bolehlah beramah mesra ngn monyet-monyet di sekitar sini. kalau bernasib baik, mungkin boleh bersalam dan mengadakan pertandingan larian marathon bersama monyet..*hadiah pertama: dapat perkhidmatan percuma carik kutu.

memang kena bangun pagi kalau kelas jam 8am. boleh jadi gila kalau lambat sebab nak mengejar bas. alangkah bagusnya suatu hari nanti bas yang mengejar kami.

yang penting, bila bangun pagi... konpem xde istilah subuh gajah. kalu nak sangat bersubuh bersama gajah, jom pi zoo negara...

Kesimpulannya...mmg bes lah bangun pagi ni. Bukan saje dpt mencergaskan minda tapi jugak dapat makan breakfast. yelah, kalau bangun tengahari, kan dah jadi lunch.

**Azan maghrib** Selamat solat semua....

Ingat, mari bangun pagi!
(sebenarnya BG pun susah nak bangun pagi, sebab selalu tidur lewat menyiapkan asgmt (berpesbuk), jadi jgn tiru aksi ni)

Sekian,
BG's


Khamis, 6 Januari 2011

oh! jatuh cinta?!?!?!

Assignment kian bertimbun. Hati mula berdebar. Adakah ini cinta???????????????
Oh asgmt, betapa ku merinduimu suatu ketika dulu tapi kini, perasaan itu mula hilang,pudar.
Aku sering tertanya-tanya, kenapa jiwaku selalu resah memikirkanmu.

Alamak, roh A.Samad Said mula memasuki diri ini. Sebelum parah, back to our topic peeps, pernahkah anda jatuh cinta???? Ape simptom2 nye?? hurmm.....Jika anda ada mengalami simptom2 seperti dibawah ni...tolonglah..tolonglah belanja BG makan (Tbe, xde kaitan, ai maklumlah terdesak).

Simptom pertama, bila tgk subjek post ni, tgn anda dgn gatal2nye segera klik kt post ni. Ahaa, konpem anda ngah jatuh cinta. Ekekekeke....

Simptom kedua, anda trus membace entry ni...

Simptom ketiga, anda trus membacanya....

Simptom keempat, anda akan tertanya2, entry ni psal cinta ke x ni???

Simptom kelima, anda mula fokus membaca entry ni....

Simptom keenam, perut mula berbunyi...

Simptom ketujuh, aihhh mane kisah cinta ni????

Ahaa...jgn tensen2......Selamat menyiapkan segala kerja sekolah. Cintailah homework!

tik tok tik tok~

Hati mula gelisah. Berdebar. dap dap dup dup. tidur pun tak tenang. adakah ini perasaanya bg pengantin baru??? teettttttttttttttttttt....~ (jam loceng berbunyik..mimpi rupenya)

Assalammualaikum semua.

Hai hai bye bye. Selamat melangkah ke tahun 2011. Ahai, dah 2011 da. Syukur alhamdulillah, kami BG masih lagi diberi peluang utk meneruskan perjuangan kami ini. Ya, tahun baru semangat pun mesti baru. yang tak baru nya blog ni ja. Lama btul x update. Skali skala menjenguk2 ja. Maklumlah masa praktikal aritu, buat-buat sibuk hingga mengabaikan blog ni. Tapi BG tetap keep in touch. Jadi kepada anda di luar sana, yang ingin mengetahui ape perkembangan BG pada sem akhir ini.....check it out...check check check it,check it out (rap sket)..

Salam
BGs~ (Ag.Sam melapor diri)