Jumaat, 28 Januari 2011

Markas BG: Sehari Tanpa Air~

Sedang duduk lepak bersama Agent yang lain semalam (tipu semata2, bukan lepak tapi lebih kepada aktiviti tidur) akhirnya roh kembali kepd jasad...... (muqadimmah)~

Arghuahaa *mengeliat* mcm biasa selepas bangun tdoq mesti trasa nak ke toilet. Hati pun berkobar2 gi ke tandas...blum sempat turun katil, Ag.Dell dah melulu kuar dulu ke toilet. Hampeh btoi, ptong line...tetibe, blum smpai beberapa minit, kedengaran *kecek kecek kecek* bunyik tapak kaki Ag.Dell tapi kali ni bunyik nya x kuat sgt, sbb xde air. Ha..ape?? AIR XDAK?? T_T

Bila dah tau air xdak, masing2 mula mnyesal tdur slepas subuh. Padahnya tdur lepas subuh. Kelas cancel aritu, bukan main nak balas dendam utk qada' tdo hari2 lepas yg xckup tdo. keh keh keh~ Kebiasaannya xtdo da pas subuh, kalu x ke kelas, pagi2 BG akan joging (ok. obviously tipu semata2).. Terduduk lah Ag.Dell dan Sam, termenung. mengenang nasib diri tanpa air. Muka masing2 xyah cakap ar, pehh. Kalu ada jejaka tgk, konpem mereka trus masuk meminang (-o-)?? ...

Masa tu Ag.Anne tidak sedarkan diri lagi, masih pengsan(-_-)... jadi kami berdua pun berusaha untuk mencari2 makan pagi dalam kotak ajaib di bilik itu... (o-o) Kotak biru bertopengkan Doraemon.
(kotak biru yang penuh dengan bekalan makanan dalam markas BG). Perut da berbunyik2 dah...tapi bila pk gigi yang masih belum bergosok, cancel utk makan!

*Dap dap dap*, Ag.Anne mulai bangun.. mcm biasa, hala tuju pertama semestinya toilet. tapi hampa harapan beliau apabila tahu air takdak. Kemudian, masing2 trus tarik selimut msing2 smula...(-_-)(*-*) (-o*) kroih kroih kroih~ .................

beberapa jam kemudian,

Bangun semula stelah tdo (perhatian: hari BG selalu dipenuhi dengan aktiviti2 yang berpekdah, cuma pada aritu je aktiviti tdo menjadi amalan utama disebabkan xdak air. percayakah anda???) hakhakhak~ Masing2 mencari akal utk mendapatkan air.....berusahalah gi tanya member2 blok lain, tapi gamaknye air pon xde gak..... tetibe Ag.Dell yang tak tahan dengan bau badannya sdrik (hakhakhak) trus mengambil kptsn utk mandi di kolej lain. Ni kire cam mission impossible# laa jgak ni, mana tak nye, kua bilik tanpa mandi tapi kna menunjukkan penampilan diri yang telah mandi. Haa!

#2 sem yang lepas, BG pernah melalui mission impossible ni jgak. Masihkah anda ingat??
masa tu gara2 buat keje last min (masih mengamalkan last min ok), BG terpaksa bermalam di surau fakulti. Akhirnya tetdo di situ dan bila pagi menjelang truss masing2 mengenakan pakaian korporat(tanpa mandi)untuk mengaburi mata pihak musuh. hakhakhak... Misi: BERJAYA! tahniah kepada Ag.Dell terutamanya.

Ok, sambung cte pasal xdak air tu. Ag.Dell pon telah menjalankan mission impossible bliau. lain pulak bagi Ag.Anne dan Sam... masih malas utk mencari alternatif dan hanya terduduk di depan laptop masing2 tanpa rasa bersalah terhadap bau badan masing2...(00)

Ag.Sam tertdo kembali sementara Ag.Anne sedang rancak beerpesbuk dan membaca gosip (kegemaran bliau)...tibe2....rasa mcm dah lama tdo tp rupanya baru bbp minit, trus tersedar dan pada saat itu....btul btul....btul btul nk ke toilet..tibe2 terpandang botol air mineral di sebelah kotak biru itu....Ag.Anne dan Sam saling berpandangan gaya Albert Einstein..hakhakhak...beberapa min kemudian....................LEGA!


Nak dipendekkan jalan ctenya (ye ar, kalu panjang2 mau smpai esok tulis x abes2 jgak ni), Ag.Dell balek dengan wanginya dan membawak balek makanan. Kami makan2..... (masa tu da gosok gigi ar sbb guna air mineral ja, peh 1st time rasa begitu kaya guna air mineral utk cuci2 muka). Kemudian, smentara tunggu Zuhur, BG tdo sunat (ekkk...tdoq lagi, sgt mementingkan masa utk tdo).... Akhirnyaaaa Ag.Sam dan Anne mengambil kptsn utk menjalankan mission impposible di kolej berdekatan. Muka berjaya ditutup dengan helmet cuma bau badan kurang pasti dapat tutup atau x. Setelah lama terperap di bilik akhinyaa trasa kebusukan diri teramat sgt, mungkin Ag.Dell dah mula bermonolog dalaman, bila lah dua ekor lalat ni nak mandi. T_T

Akhirnya BG berjaya mengembalikan reputasi kewangian masing2.... tersenyum riang....dan keyakinan diri mula meningkat kembali..hakhakhak~ Lama jugak lah air xdak.... trun ke kafe, surau..masing2 xde air jugak. T_T akhirnya mengambil kptsn untuk pulang ke rumah malam tu.....yeah!!! tinggalkan blok yang berbau sumpah hancing tu dengan girangnya...~

Moralnya disini, pihak kolej/uni xsepatutnyaa buat student mcm ni. Air itu adalah sumber yang terpenting. At least naiklah notis gangguan air dan kalau ad gangguan air pon, janganlah smpai seharian xde air..boleh mati kebusukan ok. Kesian makcik cleaner yg bakal membersihkan toilet tu nanti sbb ada lah jugak setengah manusia tu suka ja melepaskan batuk di tangga. hakhakhak...punyalah pelajar uni tapi perangai hampeh, mengalahkan penduduk zaman batu dulu....

Terima kasih jugaklah atas ketiadaan air ni, ramai jugak student2 ke masjid. =D

Setakat ni je lah entry tanpa air ni. Fuh, memang derita tanpa air. Misi tanpa air, memang busuk. Xtahulah ni satu penganiayaan ke apa, tapi diharap pihak berkenaan jgnlah menganiaya student2 yang lemah ini.....student yang kuat pon akan jadi lemah bila masuk uni ni.... toi x? *renung2kanlah*~

Amat indah di rumah~
BG's updater

1 ulasan: