Ahad, 23 Januari 2011

Obsesi bukan Obesiti

Pada minggu lepas, BG telah ke PK untuk cuci gigi. Dah lama dah set utk appointment gigi ni. Bila tiba je masa hari appointment tu, hati bukan kemain excited dan x sabar nak membersihkan segala kekotoran dalam mulut ni.

-BG,hanya Ag.Dell dan Sam menaiki bas. teett tetttt. Ag.Anne menaiki motor. Masa tu hati excited melompat-lompat riang.
-Sampai di PK, kami terus mengeluarkan kad matrix dan kad appointment. Puan saudari di kaunter itu agak sombong sikit ye, dan kami terus menarik muka sedih. Tapi x mengapa, hati berkobar gembira, jadi org yg sombong tersebut, pergi mampus dengan dia.
- Angka giliran di tangan masing-masing. 131 no panggilan untuk Ag.Dell. Bagi Ag.Anne dan Sam pula, 141 dan 142 menandakan bilik no.14.

Sambil2 menunggu giliran, tiba2 hati cuak dan tidak tenteram. Ag.Anne terus mengigatkan kisah lalu ketika cuci gigi, hingga sakit2 mulut. Keadaan trus menjadi cemas dan masing-masing mencari akal untuk melarikan diri (perhatian, Ag.Sam je yg nak lari).

Ding dong (no.131), Ag.Dell dengan berani nye melangkah ke blik no.13. Dr.lelaki tetapi tidak berapa hensem ye kawan2 jadi x perlu risau keadaan Ag.Dell, memang selamat Dr. tersebut.
Kembali kepada keadaan diluar, tingallah dua manusia yang penakut diluar, iaitu Ag.Anne dan Sam. Masing2 berpelukan dan mengintai2 bilik 13 (bukan takut tapi takut dr tu diapa2kan oleh Dell). hakhakhakhakhak~ ok tipu semata2, memang time tu bergetar2 jantung ketakutan.

Tiba-tiba sedang ketakutan, muncul seorang abg ni (abg ke? mungkin lebeh sesuai dengan gelaran saudara), muncul lah saudara ni, bersama kertas orennya. Mula-mula kami berdua mmg xamek pot, pebendalah dia cakap tu..tapi akhir kata beliau tu amat menarik perhatian dua org manusia yang penakut ni. Lepas cuba survey ni, saudari kami akan bagi rm 15 seorang.

*Blink Blink Blink* $ (sambil meleleh air liur), kami trus ok, jumpa anda di sana!

Mamat tu pun blah x lama kemudian. Bila mengingatkan duit yg bakal dapat nanti, kami pun trus x sabar nak pergi buat test tersebut. Tunggu punya tunggu, akhirnya ding dong (141), Ag.Anne dengan ketakutan pergi meninggalkan Ag.Sam yang bakal duduk sesorang diluar.

Lama jugak menunggu Ag.Anne, xlama kemudian Ag.Dell keluar dari bilik sambil tersenyum dan gusi penuh darah. Hati mana yang x takut tgk, trus memikirkan perancangan utk melarikan diri tp bila pikirkan duit 15 hinggit td, trus jiwa tenang kembali dan duduk dengan senyuman. ^^

Blum sempat Ag.Dell duduk, Ag.Sam trus mengajak Ag.Dell pergi membuat test tersebut.
Test apa ye? bukan test uji kandungan, ataupun AIDS...tapi test biasa je....test ukur BMI dan gigi dan survey berkenaan nutrisi yang diambil.

Kemudian Ag.Sam trus menghantar Ag.Dell ke bilik yang tak bernombor (xingt no.bape tapi sebelah bilik yang sedang mengoperasikan gigi Ag.Anne). Stelah menghantar Ag.Dell, gua truss cabut. hakhakak. Lari bukan kerana takut, tapi lari menunggu giliran untuk cuci gigi.

Pendekkan cte, Ag.Anne kua, gua pon masuk dalam bilik 14 tu. Hi Doktor, baring atas kerusi, ngagaa mulut luas-luas, dengar doktor tu menyembang....zzuzzuhuhsfhjvndunvjvnvfdudnubhbudifnvnuf (bunyi gigi dicuci), dan selesai!!
Akhir skali kumur2 dan bila kumur tu darah keluar dengan banyaknya. Hampir pengsan tapi berjaya control macho depan doktor tersebut. FUh~

Setelah itu, misi seterusnya bermula dengan mengumpul air liuq ditmpt yang disediakan. Banyak jugak air liur yg kuar dan berdarah2 kesan dari cuci gigi beberapa minit lalu.
Ahh, smua tu xpenting dalam hati memberontak, yang penting duit RM15 tu. hekhekhek

Check gigi, zero karies.Good! Jawab soal selidk (part yg paling malas skali), hentam je. then ukur BMI. (part yg paling sensitip). ok, fine!

Berita baik, Ag.Dell turun berat dan membuatkan beliau trus melupakan misi jogging.Tiap ari bliau membuat pengumuman, "berat saya turun kawan2". =="
Walhal lain pula buat Ag.Anne dan Sam, trus terpaku mengenangkan berat yang naik. Tapi semua itu tak penting. yang penting Duit tu.
Oh, sangat obses dengan duit hingga melupakan sgalanya.

Sekarang perut dah mula lapar, tangan pon da tak larat nak type (kesan bergetar2), sekian saja update kali ni. Moralnya disini, jgn lupa cuci gigi tiap2 ari. buatlah appointment dengan dentist 6bulan sekali dan akhirnya, rezki jgn ditolak. duit mari mari!

Dengan ini BG mencadangkan, banyakkan lah lagi survey2 seperti itu, maka dapatlah kami mengumpul duit dengan lebih banyak. Sekian~

*beberapa hari jugaklah trasa kesakitan cuci gigi tu. Sobs~

BG's Updater

1 ulasan:

  1. hakhakhakahk...kelakar dowh....but memory kte cuci gg nie mmg bes r....blink3..$$$$$$$..hehehhe

    BalasPadam