Ahad, 15 April 2012

MiSi BaRu BG


Assalamualaikum...

Haip.. pe kabar kalian?? (budget ramai peminat) kali ni geng2 BG nk kongsi kan aktiviti terbaru kami... iaitu... jeng.. jeng.. jeng... ce teka.. ce teka... hehehehe... senang cite aktiviti baru adalah diet..!!! hahahaha.. (gelak mcm x percaya BG wat benda ni). actually, x sume la geng BG on diet.. hny ade segelintir jer ahli BG yg kategori WAJIB kurus tu yg on diet.. hahaha.. bukan pe.. nowdays, exposure kepada penyakit di Malaysia semakin mudah.. (ayat karangan BM), So sebagai langkah langkah berjaga-jaga.. sbb tu lah aktiviti diet dilancarkan!!:D

anda mahu kurus?? (ayat iklan produk kurus) cuba lah tips di bawah... :P

Asas kepada diet..

1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
- selamat tinggal nasi lemak ku syg... (peberet tu) :(

2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
- tiap2 minggu perbaharu niat nk joging tp x pernah menjadi... harap2 lepas ni akan jd la...

tambahan..

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

Diet Sihat

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Gym Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Matlamat : 1 kg seminggu.... doakan BG berjaya... yeah!!


BG Updater~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan