Ahad, 15 April 2012

oh diet?!?!

Seperti yang diwawarkan oleh Ag.Dell sebentar tadi, kini BG sedang dalam proses DIET! boleh percaya ke? haha...percayalah kerana kami penuh integriti (hakhakhak)~

bila sebut pasal diet ni, yang terlintas di fikiran ni adalah no more fast food! arghh~ bolehkah kami, agent BG survive tanpa memakan fast food untuk beberapa bulan? kami bukannya minat sgt fast food (muka belagak) tapi fast food chain ni senang dicapai dan makanannye segera so xyah tunggu lama2 tapi side effect nye amatlah melemakkan! miaaoww~~(tengok, even kucing pun suka) :P

bila sebut pasal diet ni jugak, orang akan cakap(sbnrnya kami terpikir :P)...watpelah susah2 diet, makan slagi boleh...kan ada ubat kurus/sedut lemak dan segala mcm cara lagi (joging/senaman x termasuk dalam 'cara2 BG' sebab mmg malas nak amalkan, hakhakhak)...hakikatnya amalan bersenam lah yang paling elok dan kawalan terhadap makanan. jadinya sekarang kami cuba kawal pemakanan dengan memejam mata bila lalu di kedai2 makan dan menutup hidung dengan harapan x terbau makanan2 tersebut..:P hebat tak kami?? hakhkahak~ realitinya memang memedihkan tapi bak kata pepatah omputih, 'no pain, no gain'...yehaaa~

asal cakap pasal diet ni lagi, yang dtg dipikiran adalah penimbang dan tali ukur! haha...utk para peng-diet sekalian, silalah timbang dan ukur perut/pinggul dll yang dirasakan harus kurus setiap hari dan muka anda akan jadi seperti dibawah...scroll...scroll down...and calm down...hakhak~



*sumber gambar dari google.com

hakhakhak...inilah yang kebiasaannya terjadi kepada kami sebab berat tak turun2 tapi makin naik walaupun x makan sehari :P (sebab esoknya akan makan dengan rakusnya)...kehkehkeh~
jadi kepada di luar sana yang mengalami masalah sama, jgn putus asa seperti bak kata pepatah melayu, 'di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya'...jadi marilah bersama2 kita berjalan 10,000langkah sehari untuk menguruskan badan.

sebenarnya kami nak kurus bukannya sebab nak masuk Miss World, tapi nak pastikan badan sihat dan berat badan yang ideal sahaja...skrg ni dah macam susu ideal ada la, penuh lemak berkrimm...miaouwwwau~ (ye, memang kucing sukakannya lagi, xpercaya? lihat bukti dibawah)..:P


*sumber dari google images jugak.

jadi, apa yang dapat disimpulkan dari entry oh diet ni? kesimpulannya, tolonglah bagi salam dulu sebelum mulakan entry..opss..lupa pulak nak bagi salam awal2....so guys,

Assalammualaikum wbt...semoga semuanya sihat selalu dan dibawah rahmat Allah swt.

BG Updater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan